• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akan Ketuai Pasukan Audit Terhadap KAYM” – Idris

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pengurusan sebuah kolej antarabangsa di Bukit Sebukor di sini yang sebahagiannya dimiliki kerajaan negeri berdepan risiko diserbu ketua menterinya selepas dilaporkan enggan membenarkan pihak berkuasa menjalankan audit dalaman.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata beliau hairan dengan tindakan pihak pengurusan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) yang enggan membenarkan audit dalaman dijalankan ke atas pengurusan kolej tersebut.

“Apa yang mereka cuba sembunyikan? Adakah mereka (pengurusan kolej) cuba untuk menyembunyikan fakta tertentu?

“Kerajaan negeri mempunyai 40 peratus kepentingan di dalam kolej tersebut. Kami mengarahkan audit dalaman pada Mac lalu berikutan laporan salah urus.

“Namun, pihak pengurusan kolej itu menolak pasukan audit yang dihantar untuk memantau operasi mereka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco minggu di Seri Negeri di sini pada Rabu.

Idris berkata beliau sendiri akan mengetuai pasukan audit ke kolej tersebut dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk campur tangan sekiranya mereka masih menolak proses tersebut.

“Saya ingin mengingatkan pihak pengurusan kolej itu bahawa mereka tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang,” katanya.

Difahamkan kolej tersebut menawarkan beberapa kursus yang tidak diiktiraf manakala terdapat juga aduan bahawa pelajar didakwa ditipu untuk mengambil kursus bukan pilihan mereka.

Ketika dihubungi seorang pegawai kolej tersebut enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan. – mStar Online

Tags: Idris Haronkolej
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Periksa Mayat Tanpa Kepala

Next Post

CCRIS Penganiayaan Kepada Peminjam PTPTN

Related Posts

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Pembantu Tadbir Kolej Tak Mengaku ‘Gelapkan’ RM20,000

Pembantu Tadbir Kolej Tak Mengaku ‘Gelapkan’ RM20,000

14/08/2024
0

Seremban : Pembantu tadbir sebuah kolej vokasional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, tadi, atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu...

Next Post

CCRIS Penganiayaan Kepada Peminjam PTPTN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd