• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2.6 Bilion: Hentikan Segera Fitnah Terhadap PM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua tohmahan dan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu derma RM2.6 bilion perlu dihentikan segera, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata pengakuan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa sumbangan derma kepada Najib itu memang datang dari negara tersebut tanpa mengharapkan sebarang balasan seharusnya menutup terus segala fitnah terhadap Najib.

“Ternyata segala fitnah dan tohmahan yang dibuat kepada Perdana Menteri selama ini tidak berasas, dibuat secara melulu, dan saya menyeru semua pihak tidak lagi melakukan sebarang fitnah berhubung hal itu.

“Kita sedang bergerak menuju negara maju, jadi perbuatan fitnah memfitnah ini perlu dihentikan segera demi kebaikan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival RODA MANIA 1.0 di sini Sabtu.

Selain mengesahkan derma itu datang daripada keluarga diraja Arab Saudi, Adel juga mengakui pihaknya mengambil maklum siasatan kes berkenaan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Siasatan secara terperinci itu mendapati tidak ada sebarang salah laku.

Adel memberitahu wartawan Malaysia demikian selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, semalam.

Tengku Adnan berkata beliau percaya tohmahan terhadap Najib akan terhakis dengan sendiri selepas rakyat didedahkan dengan kebenaran susulan pengakuan menteri Arab Saudi itu. – BERNAMA

Tags: fitnahTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Penunggang Agama Bergerak Penuh Kebencian, Fitnah Cacian Wirid Harian – PMX

Kumpulan Penunggang Agama Bergerak Penuh Kebencian, Fitnah Cacian Wirid Harian – PMX

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kumpulan yang menunggang nama...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd