• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rita Rudaini Duduk Wad Selepas Diserang Demam Denggi

oleh AK-47
20/04/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTRES jelita Rita Rudaini dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak Sabtu lalu selepas disahkan menghidap demam denggi.

Menurut Rita, 30, pada mulanya dia hanya mengalami sengal-sengal badan dan kesejukan sebelum mengambil keputusan pergi ke hospital pada Jumaat malam lalu.

“Sejurus tiba di hospital, doktor meminta saya membuat pemeriksaan darah kerana bimbang saya terkena denggi. Hasil pemeriksaan darah saya positif dan terus dimasukkan ke wad.

“Setiap hari doktor membuat pemantauan bagi memastikan keadaan saya stabil. Doktor juga perlu memasukkan air ke dalam badan kerana tubuh saya terlalu lemah.

“Akibat daripada kesan suntikan membuatkan saya kurang selesa dan berasa sakit. Semalam saya langsung tidak boleh tidur,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Rita memberitahu, keadaan kesihatannya itu tidak menjejaskan sebarang aktiviti seninya kerana ketika ini dia tidak terbabit dalam mana-mana penggambaran drama.

Bagaimanapun, Rita terpaksa menunda perasmian pembukaan restoran miliknya yang sepatutnya diadakan Ahad ini.

Ini berikutan, doktor masih belum memaklumkan berapa hari lagi dia perlu dirawat di hospital.

Rita-Rudaini-Anak-1

Pada masa yang sama, menurut Rita, kedua-dua anak lelakinya itu melawatnya di hospital setiap hari dan kini mereka dijaga oleh ibu dan sepupunya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rita Rudaini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rita Kena Buli, Seluar Dilondeh

23/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin dibuli di sekolah gara-gara tidak melawan....

Netizen Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini

31/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd