• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Didakwa Di 2 Mahkamah Atas Kes OSA, Fitnah

oleh
08/04/2016
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR –  Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa di buah mahkamah berbeza pada Jumaat atas tiga pertuduhan berlainan termasuk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini terhadap dua pertuduhan bawah OSA, menurut beberapa laporan portal berita tempatan.

Rafizi didakwa mendedahkan dokumen sulit pihak kerajaan pada 24 dan 24 di Parlimen yang mengaitkan firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan mengarahkan dokumen tersebut perlu dibekalkan kepada pihak mahkamah pada 14 April ini. Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 29 April depan.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abazafree Abbas mengikut Seksyen 8 OSA 1972 .

Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa, yang baru-baru ini pernah dipanggil polis atas kes fitnah kulit depan majalah TIME; bertindak sebagai peguam bela dengan sembilan yang lain mewakili Rafizi.

Beliau selepas itu kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pula untuk berdepan dengan satu lagi pertuduhan lain di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan atas tuduhan fitnah jenayah.

Rafizi ditahan pihak polis di depan pintu bangunan Parlimen pada pukul 6.20 petang Selasa untuk siasatan di bawah OSA berhubung dakwaan beliau terhadap LTAT dan ditahan reman selama tiga hari.

lapiji2

Beliau mendakwa, kaitan tersebut konon mungkin menjejaskan keupayaan pihak LTAT sendiri untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara daripada perkhidmatan.

Menurut Rafizi, pendedahan itu konon terpaksa dibuat berikutan LTAT tidak pernah berterus terang menjawab dakwaannya yang menerima aduan daripada pesara tentera masih belum dibayar caruman.

Beliau berkata, 12,000 pesara tentera terlibat sejak tahun 2014 dan menuntut Ketua Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan kerana didakwa mempunyai konflik kepentingan.

Sementara itu, pada Khamis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kicauan akaun Twitter rasminya mengesahkan Rafizi tidak pernah pun digari sepanjang tempoh beliau ditahan.

“Hentikan tuduhan,” kata Khalid sebagai mengulas komen netizen media sosial yang mulanya bersimpati dengan Rafizi apabila hadir di mahkamah konon tangannya “digari” ke belakang pada Rabu lalu.

Rafizi turut tersenyum ‘kambing’ sambil berjalan dengan kedua-dua tangan di belakangnya seolah-olah telah digari oleh anggota polis yang mengiringinya dari kenderaan ke bilik mahkamah Putrajaya.

Namun rakaman video yang viral itu kemudiannya mendapati Rafizi hanya ‘berlakon’ seperti digari sahaja demi meraih simpati raih dan menyemai kebencian rakyat kepada kerajaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Kantoi Drama Rafizi Konon Bergari Jadi Bahan Lawak Netizen

Tags: OSARafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd