Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Wan Hashim Mulakan Kayuhan...

KOTA BHARU - Warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, bersemangat memulakan cabaran...

Budak Perempuan ‘Yakin Cantik’...

KECANTIKAN dan keyakinan. Dua kualiti ini akan selalu menjadi pegangan bagi setiap wanita. Namun...

Melaka Pertimbang Tawar Semula...

MELAKA - Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menawarkan semula insentif sebanyak US$10 untuk...

Isu Larangan Bacaan Doa:...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil sembilan lagi individu untuk dirakam percakapan berhubung...

Projek RKAT Kem Sri Miri Siap Hujung Tahun Ini – Hishamuddin

MIRI – Projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Sri Miri yang bernilai RM55 juta, dijadual siap pada penghujung tahun ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berkata fasa pertama projek itu mengandungi 139 unit rumah pelbagai kelas yang dibina untuk keselesaan warga tentera di kem berkenaan.

“Kementerian Pertahanan bercadang menambah pembinaan sebanyak 114 unit RKAT dengan kos RM39 juta bagi fasa kedua di Kem Sri Miri,” katanya sambil memberi jaminan beliau sendiri akan meninjau perkembangan projek itu sehingga ia siap sepenuhnya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra Menteri Pertahanan bersama Batalion 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Askar Wataniah di Kem Sri Miri, hari ini.

Hishamuddin berkata secara keseluruhannya, sebanyak RM1.2 bilion diperuntuk bagi membina 4,000 unit RKAT di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Sementara itu, Hishamuddin mengumumkan mengenai inisiatif ‘Electronic Medical Automation Supply System’ (E-Mass), iaitu sistem terbaharu Kementerian Pertahanan bagi menjaga kebajikan terutamanya kesihatan anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sistem ini berperanan sebagai medium perantara bagi anggota veteran ATM layak untuk mendapatkan bekalan dan peralatan perubatan dari pembekal yang berdaftar,”katanya dalam kenyataan di sini.

Inisiatif itu tidak melibatkan sebarang bayaran dan warga pesara tidak perlu membuat tuntutan semula bayaran perubatan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Setakat ini, sebanyak 700 farmasi sudah berdaftar dengan E-Mass dan 54 daripadanya terdapat di Sarawak. – BERNAMA

Kategori

Leave a Reply