• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Intergrasi Komuniti Diperkasakan – Kurup

oleh Ahmad Albab
04/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Program Integrasi Komuniti yang diadakan pada setiap sesi persidangan Parlimen akan diteruskan serta diperkasakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata program itu ternyata berkesan bagi membentuk pemahaman budaya di kalangan masyarakat, selain membentuk semangat membudayakan perpaduan dalam kehidupan seharian.

“Inisiatif ini perlu diperkasakan lagi dengan menyuntik elemen penjanaan ekonomi sebagai sebahagian teras dalam pengisian program yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meraikan 75 peserta Program Integrasi Komuniti di sini, sempena persidangan Parlimen Ke-13, selepas menamatkan program yang berlangsung selama lima itu, hari ini.

Peserta dalam kalangan pemimpin Rukun Tetangga, masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan itu, terlibat dalam program seperti keluarga angkat, gotong-royong serta aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti di Sungai Petani dan Yan, Kedah.

Peserta juga dibawa melawat Parlimen bagi melihat sendiri perjalanan sidang Dewan Rakyat sebagai acara akhir program tersebut.

Kurup berkata program itu bukan sahaja untuk meningkatkan pemahaman budaya antara kaum, malah mahu ia menjadi platform yang memberi impak positif dan berkesan kepada komuniti dari aspek ekonomi dalam komuniti.

Beliau yakin perkongsian ilmu mengenai aktiviti ekonomi penduduk setempat dapat memberi idea dan ilham kepada peserta, seterusnya memanfaatkannya untuk dilaksanakan di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Joseph Kurup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demonstrasi Haram Musnah Kehormonian Negara – Joseph

27/11/2016
0

NIBONG TEBAL - Demonstrasi haram boleh memusnahkan keharmonian negara dan penunjuk perasaan tidak menghormati undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana...

Masyarakat Perlu Bijak Nilai Isu Elak Perpecahan Rakyat

06/11/2016
0

SERI ISKANDAR - Masyarakat perlu bijak dan adil dalam menilai sesuatu isu terutamanya yang menyentuh sensitiviti kaum yang tersebar di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd