• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PR1MA: Projek Kami Selari Dengan Garis Panduan Perancangan K’jaan P.Pinang

oleh Ahmad Albab
19/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Bhd menegaskan bahawa semua rancangan pembangunan projeknya adalah selari dengan garis panduan perancangan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menurutnya kumpulan itu mempunyai gabungan projek pembangunan bertanah dan bangunan tinggi di Pulau Pinang, dan kesemua unit rumah secara puratanya berharga 20 peratus di bawah harga pasaran kawasan persekitarannya.

“Sebahagian daripada projek terbabit sudah dikemukakan kepada negeri Pulau Pinang, dan lebih banyak lagi akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada syarat proses kelulusan yang ditetapkan. Kami kini menunggu ulasan kerajaan negeri sebelum membuat sebarang penyesuaian perlu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PR1MA berkata setakat ini ahli perbadanan itu (MOC) telah meluluskan 246,410 unit menerusi 212 projek yang akan dibina di seluruh negara, dengan 84,132 unit kini dalam pelbagai peringkat pembinaan.

“Daripada 246,410 unit terbabit, sebanyak 20,306 unit akan dibangunkan di Pulau Pinang, dan banyak lagi akan diperuntukkan,” katanya.

PR1MA berkata menurut analisis pangkalan datanya, 91 peratus yang mendaftar di Pulau Pinang, mampu memiliki rumah berharga di bawah RM400,000 dan 75 peratus daripada yang mendaftar mampu memiliki rumah berharga sehingga RM300,000.

Analisis juga menunjukkan tujuh peratus atau 88,000 daripada 1.25 juta pendaftar PR1MA adalah dari Pulau Pinang dan terdapat permintaan untuk unit besaiz lebih besar iaitu dalam lingkungan 1,000 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi.

“Oleh itu, PR1MA akan terus mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk membina lebih banyak rumah di Pulau Pinang berdasarkan permintaan. Kami berharap dapat terus menerima sokongan daripada pemaju hartanah dan kerajaan negeri serta agensinya,” katanya.

Menurutnya PR1MA akan terus bekerjasama dengan kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan semua projek berjalan lancar.

“Kami berharap sama-sama meraih manfaat dengan mengutamakan kehendak rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: PR1MAPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd