• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terus Pantau Pesta Full Moon Di Pulau Perhentian

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pesta ‘liar’ “Full Moon Beach Party” yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian semalam seperti yang tersebar luas di laman sosial sebelum ini, gagal diadakan pihak penganjur.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata menerusi pemantauan pihak polis sepanjang malam semalam, tiada sebarang parti diadakan di kawasan yang didakwa iaitu di Pantai Pasir Panjang (Long Beach) pulau berkenaan.

Bagaimanapun katanya pihak berkuasa masih melakukan pemantauan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Majlis Daerah Besut sehingga tempoh pesta itu dijadualkan berakhir hari ini.

“Hasil pemantauan yang dilakukan sepanjang malam tadi tiada aktiviti seperti yang tersebar di laman sosial tetapi kita masih menempatkan anggota dan pegawai di kawasan terbabit bagi memastikan aktiviti tersebut benar-benar tidak berlaku,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan tapak pesta dan di sepanjang pulau berkenaan mendapati para pelancong asing dan tempatan meneruskan aktiviti seperti biasa.

Pesta Full Moon Beach Party itu yang penganjurannya dijadualkan semalam dan hari ini dikatakan mendapat sambutan ramai termasuk golongan remaja beragama Islam selepas ia disebarkan di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp beberapa hari lepas.

Penganjuran parti itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO Besut serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kerana dikhuatiri membawa pengaruh negatif kepada penduduk setempat.

Parti itu turut mendapat bantahan penduduk pulau berkenaan dan menyokong tindakan pihak berkuasa yang melakukan pencegahan, rondaan dan pemantauan awal bagi mengekang pesta itu daripada terus berlangsung.

Imam Masjid Pulau Perhentian, Ibrahim Ahmad, 58, berkata penganjuran pesta seperti ini adalah dikesali dan ia sepatutnya tidak wajar diadakan kerana ia akan memberikan imej negatif dan mengundang pelbagai persepsi.

“Kita kesal dengan penganjuran seperti ini kerana majoriti penduduk di sini beragama Islam dan orang Melayu dan tidak sesuai dilakukan di sini. Kami hanya mengetahui perkara ini melalui media dan laman sosial jadi kita harap perkara sebegini tidak berlaku di pulau ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pesta Full Moon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd