• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Tidak Terlibat Secara Langsung 1MDB, Akui Ahli PAC DAP

oleh
07/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika Tony Pua masih meneruskan ‘serangan’ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak konon bertanggungjawab dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lain pula kisah berikutnya.

Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw dilaporkan memberi komen sebaliknya ketika Pua, yang juga rakannya dari DAP dan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kekal ulasan negatif yang tidak berkesudahan.

Menurut laporan portal propembangkang Malaysiakini, Seng Giaw yang juga anggota PAC, malah mengejutkan pelbagai pihak dengan memberi hujah agak berlawanan nada dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tersebut.

Seng Giaw yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan itu bahkan turut menegaskan bahawa isu 1MDB sebenarnya lebih kepada aspek urus tadbir yang lemah sehingga timbul masalah.

“Kita harus melihat kepada keseluruhan isu. Kami (PAC) melihat beliau (Najib) bukan terlibat secara langsung dengan 1MDB. Namanya malah hanya timbul setelah beliau dinamakan sebagai ahli lembaga penasihat,” katanya.

Beliau secara jujur berkata: “Saya fikir ahli lembaga 1MDB yang kena siasat. Ini yang betul. Dari segi perundangan, bagaimana anda boleh bertindak ke atas Perdana Menteri yang tiada apa-apa kaitan,” ujarnya di lobi Parlimen.

tony tan
Tony Pua (kiri) sering berbeza pendapat dengan Tan Seng Giaw dalam isu 1MDB sejak sekian lama. – Gambar hiasan

Kenyataan Seng Giaw yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan serta fasih membaca dan menulis jawi, bukan sahaja memalukan Pua, malah membuktikan dua wakil DAP itu dalam PAC nyata begitu ketara berbeza jurang pendapat.

Namun ini bukan perkara rahsia bahkan mereka berdua sering dilihat jelas berbeza pendapat dalam kes 1MDB sehingga pernah Seng Giaw ‘menempelak’ Pua sebagai cuba mencipta sesuatu isu yang sebenarnya bukan pun isu.

Pua dilaporkan tetap menyalahkan Najib konon sebagai bertanggungjawab dalam isu 1MDB waima hasil siasatan PAC pula mendedahkan masalah firma kerajaan itu langsung tiada kena-mengena pun dengan Perdana Menteri.

Pengerusi DAP Selangor itu diketahui sering ‘menyasarkan’ Najib ketika isu 1DMB dieksploitasi pembangkang sepanjang tahun lalu konon ada kaitan dana RM2.6 bilion yang terbukti sumbangan almarhum Raja Arab Saudi.

Ironi, menurut PAC dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB pada Khamis, pihak berkuasa kena menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan.

Laporan setebal 106 muka surat tersebut yang diedarkan di Parlimen menyatakan, beliau perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan Malaysia itu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd