• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Tegas Enggan Tarik Calon Kerusi Bertindih Dengan DAP

oleh
26/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Akibat gagal menjelaskan rasional kenapa berlaku pertindihan kerusi antara DAP dengan PKR untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak, seorang calon PKR memberi alasan bahawa itu bukan pun isu besar!

Sebaliknya, calon PKR untuk kerusi Batu Kitang, Voon Shiak Ni ketika ditemui media di bilik gerakan utama parti itu di sini hari ini memberi alasan, ia tidak menjadi masalah kepada mereka berdepan dengan sesiapa sahaja.

Malah, tumpuan mereka ketika ini hanyalah untuk menewaskan mana-mana calon Barisan Nasional (BN) sekali gus menumbangkan kerajaan negeri Sarawak yang diterajui oleh Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.

“Musuh PKR bukanlah DAP tetapi BN dan kami cuma mahu mengalahkan BN,” kata Shiak Ni dalam nada selamat pada pelancaran akujanji beliau yang turut disertai penyandang dan calon kerusi Batu Lintang, See Chee How.

Jawapan diberikan peguam hak asasi manusia itu nyata berbeza dengan penegasan DAP yang mengumumkan bahawa parti itu bersedia untuk ‘berundur’ daripada kempen di Batu Kitang jika PKR mengikut syarat mereka.

DAP vs PKR
DAP vs PKR

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur berkata, PKR hendaklah segera menarik diri di baki lima kerusi yang menyaksikan pertembungan dua parti itu.

“Calon PKR mesti mengumumkan secara terbuka bahawa mereka tidak akan berkempen walaupun nama calon mereka memang muncul dicetak di atas kertas undi pada hari pengundian awal dan pengundian sebenar nanti.

“Jika mereka boleh melakukan ini, maka kita pun akan mengarahkan calon DAP di Batu Kitang, Abdul Aziz Isa untuk melakukan perkara yang sama,” tegas Ahli Parlimen Seremban tersebut kepada wartawan di ibu negara.

Selain kerusi majoriti kaum Cina di Batu Kitang, kedua-dua sekutu Pakatan Harapan itu akan bertembung di lima kerusi luar bandar yang terdiri daripada majoriti Dayak – Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Di Batu Kitang, calon DAP itu yang asalnya dinamakan untuk kerusi Stakan; terlibat pertarungan lima penjuru dengan Shiak Ni, selain calon BN, Lo Khere Chiang serta dua wakil bebas, Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Baca: PKR-DAP Tikam Sesama Sendiri Perjanjian Kerusi PRN Sarawak

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Awas! Ular Masuk Jamban Elak Cuaca Panas, Cari Tempat Sejuk

Next Post

Muzium Kematian Bangkok Pamer Mayat Manusia Yang Diawet

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Muzium Kematian Bangkok Pamer Mayat Manusia Yang Diawet

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd