Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

MH370: Waris Masih Tunggu...

KUALA LUMPUR - Waris penumpang Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 masih menunggu pengesahan...

26 Pelancong China Nyaris...

BANGKOK – Dua puluh enam pelancong dari China nyaris maut apabila sebuah bot...

Gempa Bumi 6.9 Magnitud...

LOMBOK - Gempa bumi kuat menggegarkan Lombok, Indonesia, sebentar tadi, dua minggu selepas...

36,263 Calon Duduki Peperiksaan...

KUCHING - Seramai 36,263 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016...

Peruntukan RM70 Juta Bina Jambatan Kampung Long Lama – Zahid

MIRI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan RM70 juta bagi pembinaan jambatan di Kampung Long Lama, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan.

Beliau sebelum itu menggunakan feri yang digunakan penduduk sebagai pengangkutan untuk berulang-alik di dua kawasan di kampung itu yang dipisahkan oleh Sungai Baram.

“Saya rasai sendiri pengalaman menaiki feri…jadi saya cakap dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) kena buat jambatan cepat-cepat.

“Saya kemudian hubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), terus dia luluskan RM70 juta untuk buat jambatan,” katanya pada majlis bersama Rela dan pelancaran projek menaik taraf bekas jalan balak di kampung itu.


Terdahulu, Ahmad Zahid memilih jalan darat untuk ke majlis berkenaan, perjalanan lebih dua jam dari bandarraya Miri, melibatkan jarak kira-kira 140km. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori