• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permintaan P.Pinang Kurangkan Pelepasan Air Akan Dibincangkan

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan berbincang dengan Lembaga Sumber Air Kedah berhubung permintaan Pulau Pinang yang mahu Kedah mengurangkan pelepasan air harian ke Sungai Muda.

Namun Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya tidak boleh mengikut 100 peratus kehendak Pulau Pinang, sebaliknya mengutamakan keperluan Kedah terlebih dahulu.

“Kita akan bincang dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Muafakat JKKK Kedah bersama Pemimpin di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata, Pulau Pinang meminta penangguhan aktiviti pengairan di Kedah dalam usaha memenuhi hanya permintaan bekalan air di kedua-dua negeri itu.

Tanpa adanya kebimbangan tentang pengairan, kata Jaseni, Empangan Muda dan Empangan Beris mungkin boleh mengurangkan pelepasan air di Sungai Muda, selain mengurangkan pembaziran.

Sementara itu, pada majlis hari ini, Ismail turut menyerahkan watikah pelantikan jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) kepada Ahmad Bashah.

Kira-kira 2,000 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Setiausaha JKKK hadir pada program hari ini, yang bertujuan mengeratkan silaturrahim antara JKKK dan KKLW. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd