Saturday, November 2, 2024

Creating liberating content

405 Murid Tahun 1...

KUANTAN - Seramai 405 murid tahun satu dari 83 sekolah rendah di seluruh...

Ibu Dan Anak Antara...

SEREMBAN - Ibu dan anak antara lapan yang ditahan Isnin lepas kerana dipercayai...

Masukkan Perjuangan Ulama, Bukan...

"SEJARAH ditulis oleh pemenang" ujar sang filosof, tetapi saya beranggapan tugas sarjana Muslim...

Rombakan Kabinet, Jokowi Lantik...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan rombakan kecil kabinet pada Rabu, termasuk...

Perkahwinan Bawah Umur Bukan ‘Menghalalkan’ Kes Rogol

PUTRAJAYA – Perkahwinan‭ ‬di ‬bawah‭‭ ‬umur‬‭ ‬seperti‭ yang ‬diperuntukkan‭ ‬di dalam‭ ‬‬undang-undang‭ ‬‬keluarga‭‭ ‬Islam‭ ‬‬bukanlah‭ ‭‬suatu‭ ‘keistimewaan’ kepada ‬umat‭ ‬Islam‭‭ ‬dan‭ ‬sama‭‬ sekali ‬tidak‭ ‬bertujuan ‭‬‘menghalalkan’ kes rogol sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Ibrahim Lembut berkata Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa untuk‭ ‬membenarkan ‬perkahwinan‭ ‬di bawah umur‭ ‬‬setelah‭ ‬‬siasatan‭‬ ‬rapi‭‬ ‭‬dijalankan‭
selain ia‭ ‬tertakluk‭ ‬kepada persetujuan ibu bapa dan pasangan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata laporan sebua akhbar berbahasa Inggeris berhubung perkara itu, ‬y‭ang disiarkan pada 23 April 2016, adalah‭ ‬kurang‭ ‬tepat‭ ‬dan ‬mengelirukan.

“Contoh-contoh‭ ‬kes‭ ‬yang‭ ‬dinyatakan‭ ‬oleh‭ ‬akhbar‭ ‬berkenaan‭‭ melibatkan perkahwinan individu di bawah umur yang dirogol merupakan kes terpencil yang ditemui oleh Mahkamah Syariah, dan jumlahnya amat kecil,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya individu ‬yang ‬terlibat melakukan‭ ‬kesalahan ‬jenayah tersebut ‭tetap ‬dikenakan‭‭ ‬hukuman ‬sebagaimana ‬diperuntukkan‭ secara‭ jelas mengikut Kanun Keseksaan.


“Jabatan‭ ‬Kehakiman‭ Syariah‭‭ ‬Malaysia dengan‭ ‬kerjasama Mahkamah Syariah Negeri-negeri sentiasa memantau setiap permohonan perkahwinan di bawah umur bagi mengelakkan sebarang bentuk penganiayaan terutama kepada individu di bawah umur,” kata Ibrahim.

Malah, katanya, masyarakat bukan Islam juga dibenarkan‭ menjalankan perkahwinan di bawah umur ‬menurut‭‭ ‬undang-undang‭‭ dengan ‬pasangan yang belum mencapai usia 18 tahun perlu mengemukakan‭‬ ‭permohonan‭ ‬kepada‭ ‬Menteri‭‭ ‬Besar‭‭ ‬atau‭ ‬Ketua ‬Menteri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori