Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Banyak Kerja Menyelamat Banding...

BANGI - Dua pertiga daripada panggilan kecemasan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat...

“Tolong Sedekahkan Ayat Kursi...

GOPENG - "Saya minta sangat rakyat Malaysia tolong sedekahkan ayat Kursi untuk Mohammad...

Berita Pencen Dihentikan Adalah...

PUTRAJAYA - Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan...

‘Akuilah Pemimpin Akar Umbi...

DEDAH... Pemimpin atasan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diminta buka mata berpijak di...

Perhilitan Terengganu Nafi Ada Harimau Belang Di Setiu

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu hari ini menafikan viral di laman sosial kononnya terdapat kehadiran seekor harimau belang di sebuah kawasan hutan rekreasi di Setiu.

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.

“Viral itu sangat meragukan, malah hasil maklumat yang kita perolehi mengesahkan ia adalah palsu.

“Saya berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang viral di laman sosial kerana ia hanya akan menimbulkan suasana panik dalam kalangan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan seekor harimau belang di sebatang anak sungai diviralkan di laman sosial sejak semalam dan ia didakwa berlaku di Bukit Kesing di Sungai Tong.

Melalui komen oleh pengguna laman sosial, kebanyakan mereka melahirkan rasa terkejut dan bimbang dengan kehadiran harimau itu yang dikhuatiri akan mengancam keselamatan mereka.


Mengulas lanjut, Mohd Hasdi berkata seperti mamalia lain, harimau juga akan mencari kawasan berair atau sungai untuk menyejukkan badan.

Namun, beliau berkata harimau yang diviralkan di laman sosial itu bukanlah berada di Setiu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori