• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbincangan Mengenai Hentian HSR Masih Berjalan

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbincangan untuk memuktamadkan jumlah hentian Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura masih berjalan, kata Pengerusi MyHSR Corp Sdn Bhd Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata pertimbangan mengenai hentian itu akan mengambil kira ciri utama projek tersebut, perkhidmatan ekspres kereta api yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit.

“Ia masih di peringkat akhir perbincangan,” kata Ali, yang juga Ketua Setiausaha Negara, semasa ditanya jika projek itu akan melibatkan lima hingga enam bandar di sepanjang laluan HSR seperti yang dilaporkan.

Dilaporkan projek HSR akan menghubungkan lima hentian dari Malaysia ke Singapura iaitu – Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Nusa Jaya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Reka Bentuk Logo Korporat MyHSR di sini hari ini, Ali berkata penetapan pada jajaran projek itu akan diketahui pada Julai.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa memorandum persefahaman antara Malaysia dan Singapura mengenai projek itu akan ditandatangani pada pertengahan tahun ini, katanya.

Mengenai Permintaan Maklumat (RFI) untuk projek itu, Ali berkata setakat ini, mereka telah menerima 189 penyertaan, dan input FRI akan digunakan dalam rundingan mereka dengan Singapura.

Beliau berkata asas input itu akan menjadi sumbangan utama bagi aspek komersial dan teknikal.

MyHSR Corp merupakan Syarikat Tujuan Khas milik penuh di bawah Kementerian Kewangan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek tersebut. – BERNAMA

Tags: Ali Hamsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd