• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Cadang Perluaskan Hari Tanpa Kereta

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perak berhasrat memperluaskan kempen Hari Tanpa Kereta di setiap daerah ke arah mewujudkan bandar rendah karbon selain menggalakkan gaya hidup sihat, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd
Kadir.

Tanpa menyatakan secara terperinci bila hasrat itu akan dilaksanakan, Zambry berkata cadangan tersebut dibuat berikutan sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak, setiap kali ‘Hari Ipoh Tanpa Kereta’ diadakan, pada Ahad terakhir setiap bulan.

“Saya telah mengesyorkan kepada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah Tempatan untuk memperkenalkan kaedah ini di kawasan masing-masing,” katanya.

Zambry bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Ipoh Tanpa Kereta di Jalan Raja Dihilir yang bermula dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi, di sini hari ini.

Hari Ipoh Tanpa Kereta diadakan setiap bulan, sejak Oktober tahun lepas oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Zambry berkata program berkenaan turut mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat setempat dengan pelbagai acara sampingan diadakan.

Sementara itu, MBI akan menganjurkan pertandingan mencipta logo ‘Ipoh Car Free Day’ kepada seluruh rakyat Perak dengan menawarkan hadiah utama RM1,000 berserta Ipad dan tiga hadiah sagu hati bernilai RM500.

Penyertaan boleh dihantar ke Bahagian Pengurusan Kualiti MBI sebelum 20 Mei dan pemenang akan diumumkan pada 29 Mei depan. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd