• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Marah Pasaraya Tak Sediakan Beg Plastik Dikritik

oleh AK-47
28/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI kebanyakan rakyat Malaysia, beg plastik ialah suatu keperluan semasa membeli belah.

Namun seperti diketahui umum, beberapa negeri termasuk Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan telah mengimplikasikan ‘Kempen Hari Tanpa Plastik’ di semua pasaraya sebagai salah satu usaha memelihara alam sekitar.

Oleh itu, orang ramai yang mahu membeli belah disarankan membawa beg kitar semula sendiri atau terpaksa membeli beg plastik pada harga RM0.20 sen satu.

Dalam melaksanakan kempen murni ini, sudah tentulah ia memerlukan masa untuk dibiasakan oleh masyarakat.

Dalam tempoh itu, pasti akan ada yang tidak suka kerana berpendapat kempen ini leceh lagi menyusahkan!

Antaranya, seorang pengguna sosial yang baru-baru ini mempersoalkan pelaksanaan kempen ini kerana berasakan ia hanya membawa masalah.

“Inilah masalah kalau tiada beg plastik di negeri Melaka. Orang nak shopping pun susah. Please to pihak Mydin Mall Melaka sediakan beg plastik or kotak! Agar perkara sebegini tidak berulang.

“Kesian mak cik tu luka tangan kerana terkena serpihan botol kaca kicap.. benda ni dah sering kali berlaku tapi kami diamkan.. Pada hari ini kami viralkan juga,” katanya.

 

beg plastik

Bagaimanapun, hasrat ingin ‘menviralkan’ isu beg plastik ini terkena kembali ke batang hidung sendiri apabila ramai netizen bertindak mengkritiknya kerana berpendapat tidak ada isu yang perlu disensasikan di situ.

“Dah tau nk shopping… bawak la beg plastik sendri atau eco bag… takkan nak ajar.. takkan benda ni pun nak viral..aduh..,” kata Amiratul.

“Kesian memang kesian tapi cara ni laa nak ajar rakyat Malaysia sayang alam.. sebab bila ada beg plastik banyak-banyak buang kat tepi jalan bukan tong sampah ,” komen Ain Azali pula.

Walaupun mengelak penggunaan beg plastik masih baru di Malaysia tetapi di negara-negara maju seperti Iceland dan Amerika Syarikat ia telah lama dilaksanakan.

Malah, ia menunjukkan kesan yang baik apabila berjaya mengurangkan penggunaan plastik hampir 90 peratus.

Maka, perkara baik sebegini memang wajar diteruskan untuk kepentingan kita bersama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: beg plastik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Selangor Bimbang Pengaruh Ajaran Sesat

Next Post

Adenan Sentiasa Perjuangkan Kehendak Rakyat – Salleh

Related Posts

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

25/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan...

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

07/12/2022
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan...

Next Post

Adenan Sentiasa Perjuangkan Kehendak Rakyat - Salleh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd