• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Kami Tidak Pernah Putus – Neelofa

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN isu penjualan tudung tiruan berjenama Naelofar Hijab milik pengacara terkenal Neelofa, kini pemilik tudung berjenama itu tampil memberikan penjelasan atas perkara yang berlaku.

Neelofa dilaporkan mengatakan perkara tersebut hanya merugikan pengguna yang terpedaya membeli tudung tiruan berkenaan.

Dia mendakwa tudung tiruan yang berada di pasaran tidak menjejaskan perniagaannya, tetapi ia lebih memberikan kesan kepada pembeli kerana memperoleh tudung yang tidak berkualiti dengan harga yang mahal.

“Tidak ada istilah kerugian sebab permintaan pengeluaran tudung meningkat dari semasa ke semasa. Pengeluaran raya tahun ini juga berbeza dari tahun lepas.”

BACA: Neelofa Kecewa Tudung Diciplak, Premis Naelofar Palsu Diserbu

“Mereka yang terkesan, dan ia memberikan kesan kepada pengguna yang membeli. Apa yang kami kesalkan, pengguna tertipu dengan harga yang mahal.”

“Kami tidak menjual tudung dengan harga yang mahal. Harga kami memang berpatutan dan tidak melebihi RM100. Mereka yang menjual tudung tiruan ini kebanyakannya meletakkan harga yang sama atau beza tidak kurang RM10.”

“Yang menjadi mangsa itu pembeli sebab pengeluaran kami tidak pernah putus setakat ini.”

Satu serbuan juga telah dilakukan oleh pihak polis Selangor di Gombak dan Kajang pada 28 Mac lalu. Mereka berjaya merampas sebanyak 79 unit tudung palsu berjenama Naelofar Hijab. – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis malaysianaelofar hijabNeelofa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd