• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Sarawak Digesa Bekerja Dalam Industri Berteknologi Tinggi

oleh Ahmad Albab
15/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Semiconductor foundry X-FAB Sarawak, satu daripada 10 syarikat pembuatan utama di Sarawak, menggesa lebih ramai generasi mudah negeri ini memenuhi jurang tenaga kerja dalam industri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mike Young berkata syarikat itu mempunyai dasar pengambilan penduduk tempatan, terutama dari Sarawak, untuk semua peringkat, terutama jurutera, yang mampu mengendalikan peralatan berteknologi tinggi berkaitan bidang berkenaan.

“Kemudahan kami semakin dikenali dan menarik kepada penduduk tempatan. Tambahan pula, 60 peratus daripada 1,000 pekerja kami terdiri daripada Bumiputera.

“Kami tidak menghadapi sebarang masalah di peringkat langsung dan operator pekerjaan. Namun dalam fasa selanjutnya terutama penyelidikan dan pembangunan, kami perlukan jurutera khusus untuk model, perantu dan fizik, yang merupakan kemahiran yang sangat khusus.

“Ia merupakan industri yang sangat kecil. Kami memerlukan jurutera yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Young berkata ada proses dan keperluan perkakasan yang memerlukan kepakaran khusus, dan pada masa yang sama memerlukan ramai pekerja untuk mencetak cip mikro.

“Disebabkan kekurangan profesional dan jurutera tempatan yang berkelayakan, kami perlu mencari calon hingga ke Singapura, Australia dan US.

“Kami sedang berusaha memujuk universiti di Sarawak dan dari seluruh negara supaya menyediakan saluran yang sesuai untuk keperluan industri, sama ada fizik atau elektronik, bagi menampung kehendak industri,” kata Young yang juga Naib Presiden Persatuan Fabrikasi Smikonduktor Malaysia.

X-FAB ialah kumpulan faundari utama analog/isyarat bercampur dan MEMS (microelectromechanical systems), mangeluarkan wafer silikon untuk aplikasi automotif, industri, pengguna dan perubatan. – BERNAMA

Tags: pekerjaansarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buat Kali Kedua Arul Terima Cabaran Tony Pua Yang Keliru

Next Post

WOW.. Jurugambar Dedah Che Ta Bawa 20 Bagasi Pergi Melancong!

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

WOW.. Jurugambar Dedah Che Ta Bawa 20 Bagasi Pergi Melancong!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd