• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Restoran Hakim Kesal Dituduh Bukan Islam

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan di media sosial bahawa beliau bukan beragama Islam selepas dua cawangan restoran berkenaan di Seksyen 7 di sini diperiksa oleh pihak berkuasa, Selasa lepas.

Dalam operasi membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, beberapa hiasan ayat suci Al-Quran di premis berkenaan diturunkan berikutan terdapat kesalahan cetakan.

Hakimsa berkata lebih menyedihkan fitnah itu menyentuh agama beliau, sedangkan beliau seorang Islam sejak dilahirkan.

“Saya juga telah mengerjakan haji tetapi kenapa masih menuduh saya bukan Islam? Janganlah buat saya macam ini, dalam Islam juga kita tidak boleh menuduh sebarangan. Saya marah dan sedih apabila ia menyentuh mengenai agama kita (Islam),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Seksyen 7 kira-kira pukul 4 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Harisrajudin Alaudin mahu polis menyiasat perkara itu selain akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mencari dalang di sebalik perkara itu.

Semalam, JAIS dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pemeriksaan di lapan premis makanan di Seksyen 7 termasuk di Restoran Hakim tidak melibatkan isu status halal sebaliknya kerana premis berkenaan dikesan menggantung papan hiasan ayat Al-Quran mengandungi kesalahan cetakan. – BERNAMA

Tags: restoran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

31/01/2023
0

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd