• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan MyDeposit Perlu Dipantau Secara Berterusan

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) perlu dipantau secara berterusan supaya tiada pihak mengambil kesempatan, menurut Pemuda UMNO.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan Pemuda UMNO Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata kerajaan juga perlu memastikan pemaju perumahan khususnya tidak menaikkan harga jualan rumah.

“Pihak kerajaan perlu memberi penekanan yang serius serta mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemaju perumahan yang menaikkan harga jualan rumah termasuk menyenarai hitam syarikat-syarikat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan skim MyDeposit bagi membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM10,000.

Skim itu melibatkan pemberian sumbangan sebanyak 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000, yang mana lebih rendah, kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga kurang RM500,000.

Perdana Menteri juga berkata pihak Majlis Perumahan Negara diharap dapat memastikan usaha dan inisiatif melalui skim MyDeposit membantu mengurangkan jumlah rakyat khususnya golongan muda yang tidak memiliki rumah.

Nazir Hussin dalam pada itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri sambil menyatakan skim MyDeposit merupakan inisiatif terbaik bagi memastikan rakyat khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri.

“Ini adalah antara perjuangan Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan selain memohon kerajaan membantu duit sewaan rumah kepada golongan muda yang kurang berkemampuan pada awal tahun 2014 yang lalu,” katanya. – BERNAMA

Tags: MyDeposit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Impian Miliki Rumah Sendiri Jadi Kenyataan

20/01/2018
0

KUALA LUMPUR – “Kalau nak diikutkan memang kami belum mampu nak beli rumah, tapi memikirkan jika tak beli sekarang, bila...

Kerajaan Wujud Jawatankuasa Khas Skim MyDeposit

18/12/2017
0

MELAKA - Kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi memastikan permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit dilaksanakan secara telus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd