• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan Tiga Pula Dipatuk Ular Di Negeri Sembilan

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pelajar tingkatan tiga sekolah berasrama penuh, Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Sungai Gadut di sini, yang dipatuk ular Sabtu lepas, berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, di sini.

Ibu mangsa Roziana Abd Rani, 47 berkata doktor yang merawat anaknya Khairul Rusidy Kamaruddin, 15, memberitahu bahawa keadaan anaknya tidak kritikal kerana ular yang menggigit anaknya bersaiz kecil.

“Kejadian berlaku ketika anak saya dalam perjalanan pulang ke asramanya selepas menunaikan solat Isyak… warden yang mengetahui kejadian ini membawa anak saya ke hospital untuk rawatan.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati anak saya memang dipatuk ular di bahagian kaki kanan. Namun susulan rawatan beberapa hari di hospital, anak saya telah dibenarkan pulang… tiada rawatan susulan diperlukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata anaknya diberikan cuti sehingga Rabu ini dan akan memulakan sekolah semula sama ada minggu hadapan atau selepas tamat cuti sakit bergantung kepada keadaan anaknya.

Kejadian itu merupakan kes kedua daripada kes pelajar di negeri ini dipatuk ular dalam kawasan sekolah selepas seorang murid tahun dua dipatuk ular semasa kelas Pendidikan Jasmani di padang sekolahnya di Rembau, 20 April lepas.

Sebelum itu, kematian murid tahun satu, Nuriey Nadhirah Roslan, 7, selepas dipercayai dipatuk ular pada 19 April lepas di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 1, Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan , menjadi viral terutamanya di laman media sosial. – BERNAMA

Tags: patuk ular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salman Khan Dipatuk Ular Tiga Kali

27/12/2021
0

NEW DELHI: Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di...

Warga Emas Disangka Mati, Muncul Setelah 40 Tahun

01/01/2017
0

SEORANG wanita berusia 82 tahun yang dianggap sebagai mati selama lebih daripada 40 tahun 'bangkit' dari kubur dan muncul di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd