• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar MRSM Cipta Powerbank Tanpa Elektrik

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Dua orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu yang telah memenangi pingat emas di Pertandingan Rekacipta dan Pameran Antarabangsa Ke-44 di Geneva, Switzerland telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.

Pelajar MRSM

Ahmad Asyraf Aqil B. Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim B. Ahmad, 17, yang diiringi guru mereka Anuar B. Ghani, telah berjaya meraih pingat emas daripada 48 buah negara yang turut bertanding dalam acara berprestij itu.

Pelajar MRSM

Pelajar MRSM

Powerbank ciptaan mereka yang berupaya berfungsi ketika ketiadaan sumber elektrik telah berjaya menarik perhatian juri sekaligus membolehkan mereka merangkul pingat emas serta Anugerah Rekacipta Antarabangsa Terbaik Egypt.

Diberi nama “Powerbank : EXIECO PB“, alat ini mengandungi bahan-bahan seperti aluminium, arang serta air garam, yang mampu untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas apa-apa peranti telekomunikasi dan gajet.

20160420190642

“Tercetusnya idea untuk mencipta powerbank tanpa cas ini ketika saya menjadi mangsa banjir di Kelantan dua tahun yang lalu, di mana kami tidak mempunyai sumber elektrik ketika itu”, kata pelajar bernama Asyraf berhubung idea ciptaan mereka itu.

Tambahnya lagi, powerbank ini juga ‘eco-friendly‘ kerana tidak membahayakan bumi dan persekitaran. Arang dan aluminium juga dapat direbus dan tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.

Pelajar MRSM

Air garam yang telah larut pula digunakan sebagai tindak balas kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik.

“Kami juga sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada pihak SIRIM bagi tujuan memasarkan produk inovasi ini di bawah MARA sendiri”, katanya.

Pertandingan dan pameran antarabangsa itu juga mengumpul lebih dari 1,000 jenis produk rekacipta dari seluruh dunia. – maratv

Tags: pelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd