Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Pertama Bakal Didakwa...

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai melakukan gangguan seksual dalam talian terhadap jurugambar wanita...

Pelajar Tahfiz Hilang Ditemui...

SEREMBAN - Dua daripada tiga pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang dari pusat pengajian...

GAMBAR: Si Cilik Lara...

COMEL! Pastinya pengikut instagram Lara Alanaa iaitu anak kepada pasangan selebriti  Awal Ashaari dan...

Hashtag #TerimaKasihIndonesia Trending Di...

RATA-RATA pengguna sosial hari ini bagaikan menuding jari kepada negara jiran, Indonesia berikutan...

Pelajar Hasrat Bantu Keluarga, Putus Tangan Semasa Bekerja

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul… begitulah nasib seorang pelajar Tingkatan Dua dari sebuah sekolah menengah di Perak.

Mangsa dilaporkan putus tangan kanan serta patah tangan dan kaki kirinya selepas disedut mesin pam angin, pada Isnin.

Ketika kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa Mohd Syafiq Mohd Rosdi, 14, dikatakan bekerja di sebuah bangsal ternakan ayam demi membantu keluarga.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila tangan kanan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Bayor, Rantau Panjang itu terkena mesin pam angin di bangsal sebelum tangannya disedut lalu putus terkena bilah kipas dalam mesin itu.

Menurut bapa mangsa, Mohd Rosdi Mat Shohor, 46, dia masih tidak mengetahui punca sebenar kejadian yang sebenar berikutan anak kedua dari tujuh beradik itu trauma sebaik sahaja menyedari tangan kanannya hilang.

pelajar

“Dia dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping. Tidak lama selepas itu, doktor mengambil keputusan memindahkannya ke Hospital Kuala Lumpur, awal pagi semalam.


“Dia masih meracau kerana terkejut dengan kehilangan tangan kanan, patah tangan dan kaki kiri serta mengalami keretakan pada kepala,” katanya yang merupakan pekerja kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tambahnya, anaknya bekerja di reban ayam berkenaan kerana memahami kesusahan keluarga dan ingin membantu meringankan tanggungan.

“Saya terduduk apabila mendapat dapat tahu kemalangan yang menimpa anak saya. Saya rasa bersalah tetapi harus reda dengan takdir Tuhan,” katanya lagi.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosdi di talian 019-5287751. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori