• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Ringgit Makin Kuat Susulan Tun M ‘Buat Hal’

oleh
01/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Nilai ringgit semakin bertambah kukuh berbanding dolar Singapura sejak akhir-akhir ini khasnya susulan peletakan jawatan Tun Mahathir Mohamad dalam Proton dan beberapa institusi awam kerajaan Malaysia.

Malahan mata wang tempatan itu dianggap sebagai antara paling kuat di dunia berbanding tohmahan Mahathir sebelum ini mendakwa konon ringgit akan stabil jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Agensi berita MediaCorp. Singapura pada Jumaat melaporkan, nilai ringgit meningkat kepada paras tertinggi iaitu RM2.88 bagi setiap 1 dolar Singapura apabila dagangan mata wang antarabangsa dibuka pada pagi 1 April.

Ini berbanding kadar sekitar RM3.00 yang dicatatnya berbanding mata wang Singapura, sekitar dua minggu lalu sekali gus menyebabkan rakyat Malaysia ‘keberatan’ berbelanja besar ketika bercuti atau bekerja di republik itu.

Suasana lesu itu bermula awal tahun lalu mengakibatkan ramai peniaga Singapura merungut kerana nilai dolar terlalu kuat berbanding mata wang jirannya bukanlah ‘berita gembira’ terutama ketika ekonomi dunia lembab.

Malahan ribuan warga Singapura sanggup menyeberangi kesesakan Tambak Johor setiap kali cuti umum atau hujung minggu untuk membeli-belah barangan harian di Malaysia daripada berbelanja di republik itu sendiri.

Antara faktor yang menyumbang kepada pengukuhan ringgit ialah harga minyak yang lebih mantap sejak akhir-akhir ini, kata Naib Presiden bagi Pembangunan Korporat dan Ketua Penganalisis Pasaran FXTM, Jameel Ahmad.

ringgit1

Beliau dilaporkan berkata, bahawa ringgit kini sedang pulih daripada kerugian teruk lagi traumatik yang pernah dialaminya sepanjang tahun lalu susulan pelbagai berita berbaur negatif mengenai situasi politik tempatan.

“Nampaknya, hukuman yang diterima ringgit mungkin sudah berlalu,” tambah beliau sambil menambah ekonomi Malaysia dijangkakan meningkat baik dan seterusnya ini akan meningkatkan sentimen pasaran domestik.

Nilai ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) ketika urus niaga dibuka pagi Jumaat apabila mencecah paras RM3.88 untuk setiap AS$1 berbanding RM3.89 pada 31 Mac.

Seorang peniaga mata wang antarabangsa ketika ditemui berkata nilai ringgit, yang semalam mula berlegar-legar kepada paras RM3.80 untuk setiap 1 dolar AS, kemungkinan akan terus meningkat dengan lebih baik.

“RM terus kukuh kedudukan, memanfaatkan nilai dolar AS merudum sedang indeks dolar AS merosot sedikit kepada 94.565 selepas turun lebih 4% pada suku pertama dalam prestasinya paling lemah sejak suku ketiga 2010,” menurutnya.

Ringgit juga diperdagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan nilai matawang lain, kecuali pound sterling Britain. Nilai ringgit merosot kepada RM5.79 berbanding 1 pound, daripada kadar penutup RM5.60 semalam.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding yen kepada paras RM3.45, berbanding kadar RM3.46 semalam. Ia juga menjadi lebih kukuh berbanding euro kepada paras RM4.41 daripada RM4.42. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: dolarringgitSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd