• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Umum Penubuhan Mara Corporation Berhad

oleh AK-47
04/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan strukturkan semua anak syarikatnya untuk berada di bawah satu bumbung – MARA Corporation Berhad.

Beliau yang berucap pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di Dewan Utama, MENARA MARA di sini, hari ini turut mengumumkan lima inisiatif baharu bagi memperkasakan agensi itu.

Antaranya, kesemua anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), dengan nilai semasa sebanyak RM1.4 bilion, akan diletakkan di bawah satu syarikat induk, iaitu MARA Corporation Bhd.

Beliau turut mengumumkan penukaran nama Yayasan Pelajaran MARA kepada Yayasan MARA dengan dana terkumpul setakat ini RM800 juta dan penukaran Jalan Semarang kepada Jalan Mara.

Najib juga mengumumkan penubuhan Rural Capital Berhad bagi terus membentuk komuniti usahawan yang maju dan berdaya saing, disamping memberi perkhidmatan bantuan pinjaman.

Sebuah universiti yang dinamakan sebagai UniMARA juga akan ditubuhkan, bagi membantu pembangunan modal insan menerusi MARA, kata Najib.

Langkah penstrukturan tersebut bertujuan memastikan MARA terus kekal relevan dan berdiri teguh dalam mengangkat martabat bangsa.

“Tanpa UMNO, MARA akan terkubur. Kalau MARA terkubur, Melayu dan bumiputera mungkin akan tersungkur. Sebab itulah walau bagaimanapun keadaan, kita mesti menjaga UMNO.

“Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO. Jangan bersekongkol dengan mereka.
“Kita kena mempertahankan UMNO, kerana mempertahankan UMNO adalah mempertahankan Melayu dan bumiputera,” kata Najib.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.- BERNAMA

Tags: MARANajib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd