• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Puas Hati Penambahbaikan Di Asrama Darul Falah

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpuas hati dengan penambahbaikan dilakukan terhadap Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, yang menempatkan 42 anak Orang Asli terdiri daripada anak yatim atau kurang berkemampuan.

Najib yang pertama kali melawat asrama itu pada 10 Mac lepas, ternyata sangat berpuas hati dengan tindakan dan inisiatif diambil pelbagai pihak bagi mentransformasikan asrama berkenaan, yang sebelum ini dalam keadaan daif kepada tempat tinggal lebih selesa untuk didiami.

“Semasa lawatan pertama saya ke sini, saya melihat ia agak daif dengan banyak kekurangan dan kepincangan yang perlu dinaik taraf terhadap asrama ini.

“Kemudian, saya meminta pihak-pihak tertentu seperti iM4U bersama GiatMara dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Wilayah Persekutuan untuk melihat perkara ini, selain pihak lain yang sudi beri bantuan dan sumbangan,” katanya dalam ucapan ringkas semasa lawatan ke asrama itu, di sini Selasa.

Perdana Menteri berkata sumbangan pihak-pihak terbabit termasuk dari syarikat swasta, Courts Malaysia yang menyumbang kelengkapan perabot untuk ASDAF, secara kolektifnya memberi nafas baru kepada asrama berkenaan.

Najib berkata ia sekali gus menggambarkan keprihatinan bersama dalam memastikan anak-anak Orang Asli yang mendiami asrama itu tinggal dalam keadaan selesa dan dapat menumpukan kepada pelajaran mereka.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sukarelawan iM4U, GiatMara, ICU Wilayah Persekutuan serta Courts Malaysia yang telah bersama-sama membantu dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengetua ASDAF, Zulyadain Mohd Razi melahirkan penghargaan kepada perdana menteri kerana hasil campur tangannya telah membawa perubahan besar terhadap asrama itu.

“Segala hajat saya yang disampaikan kepada perdana menteri semasa lawatan pertamanya dulu kini dipenuhi di mana kalau dulu ada pelajar yang tidak mempunyai katil untuk tidur, tetapi kini semuanya ada,” katanya selepas lawatan Najib itu.

ASDAF ditubuhkan pada 1995 dengan dikendalikan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bagi tujuan menyediakan tempat tinggal kepada anak-anak masyarakat Orang Asli yang kurang berkemampuan atau anak yatim untuk bersekolah di bandar. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd