• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyDeposit Mula Dilaksana Hari Ini

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perlaksanaan Skim Pembiayaan ‎Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016.

Beliau berkata skim ini dilaksanakan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM3,000 dan RM10,000.

“(Skim ini melibatkan) pemberian sumbangan‎ sebanyak 10 peratus daripada harga jualan atau maksima RM30,000, yang mana lebih rendah, kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga kurang RM500,000,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) di sini.

Perdana Menteri berkata pemohon boleh mengemukakan permohonan dalam talian bagi skim tersebut bermula esok melalui laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ‎Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata MyDeposit terbuka kepada semua jenis rumah daripada semua pemaju berdaftar, kecuali Perbadanan PR1MA Malaysia.

Skim ini juga katanya tidak hanya terhad kepada pembelian rumah baharu, tetapi juga kepada pembelian rumah sedia ada.

Pada majlis yang sama, Najib turut mengumumkan perlaksanaan penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama, yang telah diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016, pada bulan ini.

Bagi menggalakkan pemaju swasta membina rumah di bawah harga RM300,000, Najib berkata KPKT menawarkan beberapa insentif‎ kepada pemaju termasuk pengekalan nilai deposit di paras RM200,000 daripada 3.0 peratus daripada anggaran kos buat masa sekarang.

Bagi pembangunan bercampur, Perdana Menteri berkata nilai deposit adalah berdasarkan baki pemajuan rumah-rumah yang berharga lebih RM300,000.
‎
Mengenai status perlaksanaan satu juta rumah mampu milik menjelang 2018, Najib memaklumkan sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 183,755 unit telah siap dibina, 214,011 sedang dalam pembinaan dan 309,571 sedang di dalam pelbagai peringkat perancangan.

Beliau turut mengumumkan ‎perlaksanaan Karnival Rumah Mampu Milik secara bersepadu mengikut zon, bermula dengan Zon Tengah, di MAEPS, Serdang, pada Julai 2016 yang akan menawarkan lebih daripada 50,000 unit rumah untuk dijual. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd