• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP PAN ‘Berehat’ Lepas Buang Darah Beku Di Otak

oleh
05/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin kini direhatkan di Unit Rawatan Rapi Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan buang darah beku di otaknya.

Pembedahan tersebut khabarnya berjalan dengan lancar bermula pukul 9.45 malam Isnin dan berakhir kira-kira 12.45 tengah malam Selasa, memetik laporan pelbagai portal berita tempatan pada pagi 5 April.

Mohamed Hanipa sebelum itu terpaksa dikejarkan ke hospital tersebut kerana didapati rebah di atas kerusinya sendiri dalam persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen sini lewat petang Isnin.

Pada kejadian yang tidak dijangka kira-kira pukul 5.30 petang itu, beliau dikatakan secara tiba-tiba mengalami pening kepala dan kelihatan begitu tidak bermaya dipercayai akibat masalah tekanan darah tinggi.

Mohamed Hanipa segera diperiksa oleh pasukan doktor Parlimen sebelum dibawa dengan sebuah ambulans ke Institut Jantung Negara (IJN) yang kemudiannya merujuk kes beliau itu pula kepada pihak HKL.

Beliau yang juga peguam dan merupakan Ahli Parlimen PAS sejak menang kerusi Sepang pada Pilihan Raya Umum 2013 sebelum menyertai Parti Amanah Negara (PAN) pada 16 September tahun lepas.

Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008 di kerusi Tanjong Karang namun tewas kepada calon BN, Datuk Seri Noh Omar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hanipa MaidinPAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanipa Cadang Nama Vaksin Covid-19 ‘Bossku’

01/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Hanipa Maidin (PH-Sepang) mencadangkan kerajaan mempertimbangkan nama vaksin Covid-19 buatan Malaysia sebagai ‘Bossku’ atau ‘Pekan’. Katanya, ia...

Penyebar Fitnah, Berita Palsu Dicari Sampai Lubang Cacing

21/02/2020
0

PUTRAJAYA - Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi membanteras pihak yang menyebarkan berita palsu, fitnah dan pembohongan terhadap kepimpinan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd