• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamed Khaled Hanya Fokus Tugas MB

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan akan terus menumpukan tugas sebagai Menteri Besar Johor, tanpa mahu mengambil tahu sama ada benar wujud gerakan menyingkirkannya.

Mohamed Khaled berkata beliau menyerahkan kepada orang ramai untuk bercakap mengenai dakwaan itu dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya tidak boleh jawab apa-apa sebab yang pertamanya, orang yang cakap itu (mengenai gerakan) saya tidak tahu betul atau tidak betul, yang kedua, kalau ada orang yang merancang, kena tanya dia, saya tidak boleh jawab itu semua.

“Apa yang saya tahu, saya fokus kepada kerja saya. Selepas itu, yang lain ada bagi sokongan (kepada saya),” katanya selepas merasmikan persidangan antarabangsa The Belt and Road Initiative: The China – ASEAN Relation, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas berkata demikian sebagai mengulas dakwaan terdapat gerakan untuk menukar beliau sebagai Menteri Besar yang diketuai seorang individu.

Sementara itu, Liow yang juga Presiden MCA berkata parti itu sentiasa memberikan sokongan padu kepada Mohamed Khaled atas kewibawaannya menerajui Johor.

Liow berkata kepimpinan Mohamed Khaled juga terbukti menerusi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan di negeri ini.

“Beliau (Mohamed Khaled) menunjukkan kepimpinannya dan saya berpandangan beliau amat disayangi rakyat Johor,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan berteraskan keakraban serta kepercayaan yang telah lama terbina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd