• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meriahkan Kempen #IslamIsFirstClass TV AlHijrah

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MULAI 10 April TV AlHijrah melancarkan kempen #IslamIsFirstClass dengan matlamat meningkatkan kesedaran umat agar bersatu untuk mengembalikan kegemilangan Islam sebagai agama yang menyeru pada kualiti hidup di dunia dan akhirat.

Kualiti hidup yang dimaksudkan ialah memacu dunia untuk melihat peradaban Islam sebagai teraju utama dalam semua bidang kehidupan.

Sebagai Ad-Din, Islam bukan sahaja menjadi tanda aras pada umat manusia untuk melihat hukum Allah dan seruan Nabi Muhammad sebagai panduan yang terbaik untuk tuntutan kehidupan, malah sebagai addin, kehebatan Islam turut merangkumi tuntutan akhirat.

Kata Dr. Zakir Naik: “Kita sudah terlalu banyak membuang masa melayan kerenah Barat yang menyelar Islam hingga akhirnya kita kehilangan tumpuan untuk mempromosi nilai-nilai mulia dan hebat yang ada dalam Islam.”

Dr. Zakir berkata demikian ketika memberikan komen mengenai kempen ini.

“Kita boleh melakukan protes terhadap serangan negatif pada Islam, tetapi jangan sampai kita langsung tidak melakukan kerja-kerja dakwah untuk menjelaskan kebaikan Islam.”

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar menegaskan, Islam perlu dilihat sebagai agama yang mementingkan nilai-nilai yang proaktif, murni serta relevan dunia akhirat.

“TV AlHijrah mengajak semua rakyat negara ini terutama umat Islam untuk membuktikan Islam adalah gaya hidup berkualiti tinggi serta menekankan pada aspek kesempurnaan dan keadilan yang hakiki.”

Kempen ini dimulakan dengan pelancaran 84 episod program #Tonight With Dr. Zakir Naik yang bersiaran setiap Rabu 10.30 malam dan Khamis 8.30 malam.

Safiey

#IslamIsFirstClass juga disusuli dengan program #Fenomena Penghijrahan, sebuah program bual bicara dengan Safiey Ilias, jutawan muda yang berhijrah ke jalan Islam setelah hidup sebagai pondan.

Program #Fenomena Penghijrahan akan bersiaran setiap Khamis 9.30 malam.

Mengenai hala tuju masa depan kempen ini, Izelan menjelaskan: “Kami berazam membawa program-program ilmu berkelas dunia melalui koloborasi dengan stesen Peace TV.”

Peace TV yang siaran dipancarkan secara satelit 24 jam melalui tiga saluran berbahasa Inggeris, Arab dan Mandarin yang memiliki lapan satelit pemancar berpusat di Mumbai, India tetapi boleh diakses di Eropah, India, Pakistan, China dan Amerika Syarikat.

Kerjasama ini akan memberikan akses untuk 30 juta rakyat negara ini menyertai lebih 60 juta penonton di 40 buah negara menikmati kandungan ilmiah mengenai Islam melalui penghujahan berilmu gaya Dr. Zakir Naik.

Selain itu, pelbagai program perkongsian ilmu dengan pendakwah tempatan tetap diberikan keutamaan.

Antaranya termasuk program bersama Datuk Ustaz Kazim Elias yang kini sedang dalam proses rakaman.

Program #IslamIsFirstClass juga disertai pelbagai program lain termasuk 30 Minit Ustaz Don, Cinta Ilmu, Reflection, Dr. Muhaya Dot Com, Pentas Dakwah dan Berita Al Hijrah.

Bagi penonton yang ingin ikut serta menyemarakkan kempen ini, anda boleh menyertainya dengan mengikuti FB TV AlHijrah 114.

Ayuh kita semua melangkah ke depan menjadikan #IslamIsFirstClass sebagai langkah dakwah kita dalam menyemarakkan syiar Islam ketika dunia sedang bergelut dengan Islamophobia.

Tags: Safiey Ilias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

16/08/2023
0

Ampang : Usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan seksual terhadap...

Syarikat Safiey Ilias Didenda RM23,000

21/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Syarikat milik usahawan kosmetik, Safiey Ilias hari ini ini didenda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd