• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Merarau’, ‘Gabi’ Bukan Istilah Baharu, Ada Dalam Kamus DBP

oleh AK-47
30/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
2
Share on FacebookShare on Twitter

PERKATAAN ‘cicipan’, ‘merarau’, dan ‘gabi’ bukan penamaan baharu yang dikeluarkan Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP).

Sebaliknya menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan DBP, M Azahari Edin, perkataan-perkataan itu telah lama digunakan malah sejak tahun 90-an sudah terdapat dalam kamus DBP.

Pada masa sama, DBP menafikan pihaknya menyebarkan slaid gambar yang menunjukkan penamaan baharu itu, hingga ia menjadi viral dan menimbulkan persoalan ramai.

dbp nafi 'cicipan' nama baharu

“Kami pun tak tahu dari mana punca (gambar) yang tersebar sebab kita memang tak keluarkan slaid berbentuk begitu.

“Dari segi slaid itu, tajuknya salah. Ia sepatutnya bukan penamaan baharu tetapi tambahan atau perkataan pilihan.

“Seperti ‘gabi’ yang merupakan perkataan suku kaum di Sarawak, ‘kudapan’ popular di negeri utara tanah air.

“Tidak jadi masalah kita mahu guna atau tidak perkataan tersebut, ia sebagai variasi perkataan kepada pengguna,” katanya dalam laporan yang disiaran Malaysiakini.

Tambahnya, perkara itu menjadi viral dipercayai kerana perkembangan media sosial pada masa sekarang.

Gambar slaid yang tersebar itu menunjukkan perkataan didakwa penamaan baharu iaitu minum pagi menjadi ‘sarapan’, minum rehat pagi (kudapan), makan tengah hari (merarau), minum petang (cicipan) dan minum malam (gabi).

Perkara ini mula heboh diperkatakan di laman sosial, sekaligus mengundang pelbagai komen dan reaksi lucu daripada netizen.

“Oh, DBP. Mari kita pergi bergabi?” komen Erna Mahyuni dengan niat berlawak.

“Tak sempat merarau. Cicipan pun entah sempat entah tidak. Sibuk gila. Entah-entah time gabi baru sempat makan. Hm,” tulis Pura.

Melihat isu yang timbul ini, jelaslah rakyat Malaysia masih belum cukup mendalami dan kaya pengetahuan tentang perkataan dalam Bahasa Melayu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DBPviral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Guru Di Terengganu Terlibat Aktiviti Militan Daesh

Next Post

Rekod Baharu 310 Roket Air Dilancar Serentak

Related Posts

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

15/12/2022
0

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kecewa dengan sikap seorang pegawai kanan Dewan Bahasa...

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Next Post

Rekod Baharu 310 Roket Air Dilancar Serentak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd