Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Wanita Kerja Syif Malam...

ADAKAH anda bekerja syif malam? Jika ya, anda berisiko mengalami menopaus lebih awal. Menurut...

Chong Wei Ketuai Cabaran...

KUALA LUMPUR - Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tempatnya ke...

Adenan Komited Majukan Kawasan...

KUCHING - Peruntukan sebanyak RM500 juta lagi akan dipohon bagi mentransformasikan dan memajukan...

PRN: PAS Seru Ahli...

KUCHING - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bahawa partinya tidak...

MB Perak ‘Sekolahkan’ Nizar Gagal Bezakan Padang Golf

IPOH – Hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyaksikan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberi kuliah asas politik kepada pembangkang khasnya mantan MB, Nizar Jamaluddin.

Ini gara-gara sebahagian besar daripada kumpulan pembangkang mengambil kesempatan menggunakan sidang DUN untuk melakukan provokasi dan jelas berbohong serta ucapan mereka longlai dan tidak ada fakta.

Isu sama seperti MBInc., dikitar serta digambarkan “menolong kroni, merugikan rakyat dan kerajaan negeri dan pelbagai lagi. Begitu juga isu yang dikitar Nizar seperti isu KUISAS (Kolej Universiti Sultan Azlan Shah).

Selain Nizar, turut didedahkan pembohongan berulang-ulang kali serta terancang yang dibuat dua sepupu — Ngeh Koo Ham (Sitiawan) dan Nga Kor Ming (Kepayang) dalam isu-isu yang memang nyata tidak masuk akal.

Walaupun keadaan panas tetapi Dr.Zambry “cool” menghadapi puak-puak pembangkang. Malah kelihatan beliau sempat tersenyum ketika “membelasah” tiga sekawan (atau disebut 3N) — Nizar, Ngeh dan Nga.

Ironinya wakil-wakil rakyat PAS yang pernah bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu tidak seiring dengan bekas geng lama sebaliknya memperlihat sikap kritikan yang membina sepanjang sessi DUN.

Mereka nyata telah belajar daripada kesilapan lampau. Bagi MB, semua “tuduhan pembangkang Pakatan Harapan ada motif politik, satu pembohongan” dan kepada Nizar, Zambry hairan bekas tokoh PAS itu sanggup memfitnah.

Peringatan keras Zambry kepada Nizar yang juga ketua pembangkang DUN Perak: “Jawablah kepada Allah nanti.”

Boleh dikatakan sejam mengulung, DUN Perak yang bersidang sejak Selasa, berada seperti bilik kuliah dengan MB memberikan mereka kuliah selain fakta dan juga falsafah serta peringatan daripada Allah SWT.

Ia menggambarkan betapa setelah lapan tahun menerajui Perak, beliau “in control” sehingga pembangkang gagal melakukan seperti mana mereka lakukan pada Perdana Menteri dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 billion.

Tidak keterlaluan jika dikatakan jika Zambry panjang umur untuk menerajui Perak selaku MB sekali lagi selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak, BN Perak mampu memperoleh paling minimum 36 kerusi DUN.

Dalam konteks yang sama, ramai penganalisis melihat prestasi MB Perak kini jauh meningkat sama ada cara mendepani pembangkang atau ketika menghuraikan fakta, sehinggakan “teks” yang disediakan tidak diguna pakai.

Majlis pengulungan begitu terarah diselang seli kritikan, pembentangan fakta dengan tidak terganggu oleh teks yang disediakan. Terpaksalah pihak media mencatat semua fakta seperti yang diucapkannya.

Kalangan pemerhati yang hadir begitu juga dengan pihak media tersenyum sinis apabila kelihatan Nizar tunduk malu pada ketika Zambry bangun mendedahkan satu persatu fakta sebenar mengenai isu KUISAS.

Untuk rekod isu KUISAS menjadi kontroversi dan dipaliti pelbagai tuduhan dibuat Nizar berhubung pembinaan padang golf, yuran tinggi, hutang koperasi dan keadaan kawasan pakir kereta.

Zambry menjelaskan dakwaan Nizar (dahulu PAS sebelum menyertai PAN) bahawa konon KUISAS mengenakan kadar yuran pengajian yang melampau mencecah RM40,000 adalah tidak benar.

Katanya tuduhan itu tidak berasas dan menganggap sebagai pembohongan. Tuduhan itu boleh menjejaskan imej KUISAS sebagai institusi pendidikan negeri Perak.

Kadar yuran hanya RM23,000 bagi program ijazah dan RM14,000 bagi diploma. Sambil bertanya Nizar sama ada beliau ada maklumat mengenai isu ini, Zambry berkata: “Jangan buat tuduhan begitu sahaja, periksalah dahulu.’

Mengenai isu padang golf, Menteri Besar menafikan kolej itu bakal mempunyainya. Katanya tuduhan Nizar kononnya satu padang golf akan dibina di KUISAS, adalah nyata satu fitnah.


Beliau kecewa dan terkilan tuduhan itu dibuat oleh bekas Pesuruhjaya Pas Perak dan berkata: “Macam mana dia boleh membuat dakwaan seperti ini?”

Dengan nada sinis, MB merenung Nizar sambil berkata, “Saya tidak faham bagaimana YB tidak dapat membezakan antara sebuah padang golf dan kawasan rumput”. Sidang DUN riuh dengan deraian ketawa.

“Yang dimaksudkan itu adalah kawasan hijau. Kita tak bina pun padang golf. Cuma tanam rumput (kelihatan) seperti padang golf… itu sahaja. Takkan (Nizar) boleh cakap KUISAS akan ada padang golf,” katanya sehingga mengundang gelak ketawa dalam dewan.

Panas penjelasan Zambry, Nizar bangun berkata: “Maknanya, apa yang saya katakan adalah betul. Pangkor (Zambry) tidak menafikan memang wujud perkara yang saya bangkitkan (dalam perbahasan). Pangkor tidak menafikan.”

DUN sekali lagi riuh. Zambry yang kelihatan geleng kepala membalas: “Semuanya (tuduhan) tidak betul. Jadi saya menafikan. Tidak ada (padang golf). Saya sudah jawab semua tadi, takkan Changkat Jering masih tidak faham?”

Tidak tahan digelar menyebar fitnah, Nizar bangun menjelaskan apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah ‘mini padang golf’.

Menepis penjelasan Nizar, Zambry berkata: “Kawasan rumput itu tidak wajar dianggap sebagai padang golf kerana ia tidak pernah dibina bagi tujuan tersebut.”

Menteri Besar mengingatkan Nizar berhati-hati agar tidak terlalu mempercayai “source” bulat-bulat tetapi memeriksa terlebih dahulu fakta sama ada betul atau tidak tuduhan itu.

“Sebagai seorang pemimpin dia ada tanggungjawab besar untuk tidak berbohong dan sebar fitnah. Apabila dia bangkitkan sesuatu isu dan mengulanginya beberap kali dan dilaporkan oleh media, maka apa yang disebutkannya itu sudah menjadi satu fitnah,” katanya.

Pada ketika sidang dan majlis pengulungan semakn panas, ADUN Kampung Gajah, Abdullah Fauzi bangun mencelah bertanya sama ada Nizar perlu memohon maaf pada sidang DUN kerana berbohong.

Zambry tersenyum berkata: “Terserahlah kepada Changkat Jering. Dalam perbahasannya, dia sebut kita semua akan berdepan dengan Allah kelak dan akan menjawab. Jadi, biarlah dia menjawab di hadapan Allah kelak.”

Kepada satu lagi dakwaan Nizar konon KUISAS menjalankan aktiviti perlombongan di atas tanah yang dianugerahkan, Zambry berkata: “Tanah seluas 5,500 ekar adalah kawasan tanaman kelapa sawit dan tanah seluas 1,000 ekar di Sungai Siput adalah untuk tanaman getah yang mana kedua-duanya diuruskan SADC.

Mengenai isu parkir kakitangan ditimbulkan Nizar, Zambruy menganggap is isu remeh. Pihak pengurusan KUISAS mengambil langkah mengkhaskan kawasan parkir kakitangan supaya keadaan laluan di universiti lebih sistematik dan tidak bersimpang siur.

“KUISAS pun bukanlah besar sangat jadi kawasan parkir yang dikhas itu adalah dalam jarak berjalan kaki sahaja dan tidaklah menyusahkan,” katanya sambil menafikan tuduhan Nizar konon KUISAS ada hutang operasi sebanyak RM1 juta.

Katanya kedudukan kewangan KUISAS bukan sahaja ditadbir secara berhemah, malah mempunyai lebihan pendapatan melebihi RM3.9 juta yang boleh digunakan menampung kos-kos operasi pada masa akan datang.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori