• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maips Perlu Berperanan Sebagai Ejen Perubahan – Raja Muda Perlis

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) perlu berusaha mengubah konsep sebagai pemberi zakat kepada ejen perubahan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah MAIPs perlu memastikan inisiatif pemberian zakat adalah berkonsepkan inisiatif ‘beri joran’ dan bukannya ‘beri ikan” bagi membolehkan penerimanya mengusahakan sesuatu untuk menjana pendapatan.

“Konsep joran ini selaras dengan titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail agar anak-anak asnaf berjaya dan menjadi pembayar zakat pula.

“Sehubungan itu MAIPs harus menjadi pemacu supaya matlamat ini tercapai menjelang tahun 2030,” titah baginda pada majlis Apresiasi Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 jabatan dan agensi agama Islam Perlis di sini, malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah MAIPs juga harus berusaha supaya setiap rakyat negeri ini lulus sekurang-kurangnya diploma pada tahun 2030 agar Perlis mencapai tahap kemajuan yang seimbang dengan negeri-negeri maju.

“Beta mahu inisiatif bersepadu dirangka dan dilaksanakan mulai sekarang kerana kecemerlangan individu tidak menjamin kejayaan sesebuah organisasi. Kecemerlangan harus diterapkan sebagai budaya kerjasama berpasukan,” titah baginda.

Pada majlis itu seramai 26 orang menerima APC, 20 menerima Anugerah Ketrampilan dan tiga menerima anugerah khas yang diperkenalkan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada bekas-bekas tokoh MAIPs.

Penerima anugerah khas ialah Ketua Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF Azizi Mustafa (Seri Sumbangsih MAIPs), bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dilantik penasihat khas kepada menteri pendidikan tinggi, Prof Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin (Seri Ilmuan MAIPs) dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin (Jasa Mu Dikenang). – BERNAMA

Tags: MaipsRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

MAIPs Semarakkan Konsep Wakaf – Raja Muda Perlis

04/12/2018
0

THE HAGUE (Belanda) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan menyemarakkan konsep wakaf melalui pentadbirannya termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd