• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mael XPDC Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah

oleh AK-47
20/04/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Bekas penyanyi kumpulan rock terkenal XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki dadah, Mac lepas.

Turut mengaku tidak bersalah adalah dua rakannya, Hafiszudin Mokhtar, 31, dan Razali Shapie, 43.

Seorang lagi rakan mereka, Chairil Anwar Yaacob, 29, pula mengaku bersalah di atas pertuduhan pindaan itu dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan bagi pertuduhan pertama dan penjara sembilan bulan bagi pertuduhan kedua, dari tarikh tangkapan pada 7 Mac 2016.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin seberat 0.46 gram dan jenis Monoacetylmorphines seberat 0.06 gram di sebuah rumah beralamat RS 38, Jalan Kim Kee di sini, kira-kira 4 petang, 7 Mac 2016.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM100,000 atau maksimum penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab membenarkan jaminan RM8,500 setiap seorang dengan dua penjamin terhadap kesemua tertuduh dan menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin manakala kesemua tertuduh termasuk Mael tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: dadahJenayahselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd