• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Minta Adenan Tidak Halang Pemimpin DAP Masuk Ke Sarawak

oleh Ahmad Albab
15/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan negeri Sarawak membenarkan Anggota Parlimen, wakil rakyat dan pemimpin dari DAP memasuki negeri itu.

Katanya beliau telah menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berhubung perkara itu semalam, namun belum mendapat maklum balas daripada kerajaan negeri itu.

Beliau mendakwa tindakan kerajaan negeri Sarawak melaksanakan larangan memasuki negeri itu terhadap beberapa individu adalah satu penyalahgunaan kuasa.

“Saya ingin tegaskan parti DAP menyokong kuasa yang sedia ada di Sarawak di mana Sarawak boleh menghalang sesiapa masuk ke negeri itu. Tetapi bukan untuk menghalang hanya pemimpin pembangkang dan tidak menghalang pemimpin daripada Barisan Nasional,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor, bersama-sama tiga lagi individu turut dilarang memasuki negeri itu sejurus tiba di Kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11.30 pagi.

Turut dilarang ialah Pengerusi Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria, Pengerusi Eratkan Perhubungan Antara Negeri Cetuskan Organisasi (EPANCO), Ariffin Abu Bakar dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Melayu Klang, Rahim Ibrahim.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau dan pengerusi DAP Pulau Pinang yang juga exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow akan ke Kuching esok.

“Kita tengok sama ada kami akan dibenar masuk ke negeri Sarawak atau tidak. Saya akan naik penerbangan Air Asia ke Kuching pada pukul 7.10 pagi esok,” katanya.

Mengenai debat isu tanah Taman Manggis yang dijadual 19 April ini, Lim berkata pihak TV3 telah menghubungi Setiausaha Organisasi Parti DAP, Anthony Loke Siew Fook berhubung perkara itu, semalam.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Butir-butir mengenai debat itu akan diumum oleh Anthony Loke. Beliau akan membuat pengumuman lanjut tentang perkara ini. Saya harap Rahman Dahlan boleh mengesahkan beliau akan hadir supaya ia tidak dibatalkan pada saat-saat akhir,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd