• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Pemecatan Undang Luak Johol Rabu Ini

oleh Ahmad Albab
09/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Laporan Jawatankuasa Khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang menyiasat kemelut pemecatan Undang Luak Johol baru-baru ini, akan dibentangkan pada mesyuarat Dewan Keadilan, Rabu ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata selepas dibentangkan, ia bergantung kepada pendekatan yang akan diambil dewan itu agar kemelut di Johol tidak berpanjangan.

Jawatankuasa Khas itu diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan dan penasihat undang-undang serta pihak yang arif mengenai adat dan agama.

“Kita tidak kata Dewan Keadilan akan buat keputusan pada ketika itu (Rabu) kerana terpulang kepada laporan siasatan dan perbincangan serta apa pendekatan yang akan diambil Dewan Keadilan,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Futsal Tertutup Piala Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.

Beliau mengulas perkembangan kemelut Undang Luak Johol yang tercetus apabila Datuk Mohd Jan Abdul Ghani, yang merupakan Undang Luak Johol dilucutkan jawatan oleh Buapak Yang Enam di Balai Undang Luak Johol selepas didapati melakukan 13 kesalahan salah laku dan adat.

Kesemua 13 kesalahan itu didapati menghina pesaka dan adat Luak Johol di bawah kesalahan berat merujuk kepada buku ‘Gemuk Berpupuk, Segar Bersiram’ yang diterbitkan pada 1996.

Mohamad berkata Dewan Keadilan dalam mesyuarat minggu lepas, berharap pihak yang terlibat dalam kemelut Undang Luak Johol, dapat berbaik semula kerana hanya melalui permuafakatan akan menjernihkan semula keadaan selain memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas itu.

“Seandainya kemelut ini masih berlarutan, laporan siasatan ini akan dijadikan kayu pengukur untuk meneliti pelbagai sudut lain,” katanya.

Terdahulu, Mohamad dalam ucapannya meminta belia yang sudah berumur 21 tahun agar mendaftar sebagai pemilih berikutan 75,000 orang Melayu di negeri ini yang sudah cukup umur, masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Pada majlis tersebut, Mohamad turut menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri bagi kejohanan itu yang disertai sebanyak 83 pasukan. – BERNAMA

Tags: Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd