• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lans Koperal Didakwa Lakukan Kelucahan Terlampau Terhadap 3 Tahanan Lokap

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan kelucahan terlampau terhadap tiga tahanan lelaki bawah umur, dua minggu lalu.

Lans Koperal Mohd Khairul Hisam Azis, 31, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas ia dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mohd Khairul didakwa melakukan kelucahan terlampau terhadap tiga remaja berumur 14, 15 dan 16 tahun itu yang merupakan tahanan lokap bagi kes pergaduhan di dalam lokap berpusat Jinjang di sini antara pukul 1 pagi hingga 5.30 pagi, 10 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun peguam Mohd Syazwan Mohd Salleh memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya perlu menyara isteri dan dua anak.

Majistret Mahyudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 19 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: polisTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd