• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Basikal Runtuh Di Brazil

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Rio de Janeiro – Laluan berbasikal bertingkat yang diuar-uarkan sebagai projek utama Sukan Olimpik Brazil, runtuh semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua kematian.

Kemalangan di laluan berbasikal Tim Maia masalah terbaru dalam persediaan Brazil menjadi tuan rumah temasya sukan dunia yang berlangsung pada 5 hingga 21 Ogos itu.

Antara masalah lain yang timbul sebelum ini penyebaran wabak Zika, pergolakan politik yang mengancam Presiden Dilma Rousseff, penjualan tiket tidak memberangsangkan dan pemotongan bajet disebabkan krisis kemelesetan ekonomi paling teruk sejak puluhan tahun.

Setiausaha Perbandaran, Pedro Paulo Carvalho percaya ada mangsa ketiga yang belum ditemui selepas gegaran menyebabkan tebing berbatu runtuh, meranapkan hampir 50 meter kawasan laluan berbasikal dan membawa batuan jatuh ke dalam laut.

Jabatan bomba Rio mengesahkan hanya dua kematian manakala media tempatan berkata, dua yang lain berjaya diselamatkan.

Helikopter mengeluarkan dua mayat dari laut dan meletakkannya di pantai Sao Conrado.

Joao Ricardo Tinoco mengenal pasti salah seorang mangsa abang iparnya, Eduardo Marinho Albuquerque, 54, yang dipercayai berjoging ketika runtuhan berlaku.

Sementara itu, Carvalho berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui punca kejadian dan menjelaskan siasatan dijalankan.

“Sudah tentu kemalangan seperti ini tidak boleh dimaafkan,” kata Carvalho kepada rangkaian televisyen Globo.

Seluruh laluan basikal sepanjang empat kilometer yang menyambungkan kawasan kejiranan pantai Sao Conrado dan Leblon, kini ditutup.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Eduardo Paes yang berada di Greece untuk upacara penyalaan obor Olimpik, dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu tidak boleh dimaafkan dan menjelaskan dia akan kembali ke Rio secepat mungkin bagi mengikuti siasatan punca kejadian. – AP/myMetro Online

Tags: Brazillumba basikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil

45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil

03/08/2023
0

BRASILIA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam beberapa serbuan polis yang menyasarkan geng sindiket dadah di tiga negeri di Brazil. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd