• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuku Tangan Dan Kaki Kevin Morais Tidak Dijumpai – Pakar Forensik

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kuku tangan dan kaki Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais tidak dijumpai pada jasadnya kerana jasad itu mengalami proses pembusukan, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.

Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Nurliza Abdullah, 51, berkata kesemua kuku tangan dan kaki Kevin Morais sudah tertanggal bersama kulit yang sudah mengelupas.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Datuk Geethan Ram Vincent pada perbicaraan hari keenam kes pembunuhan Kevin Morais.

Enam lelaki – G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Ketika ditanya Geethan sama ada Dr Nurliza menjumpai kuku tangan dan kaki dalam karung guni selepas mayat dikeluarkan, pakar forensik itu menjawab kuku tidak kelihatan dalam karung guni berkenaan kerana dipenuhi kotoran dan kulit mangsa.

“Saya tidak meneliti karung guni itu secara terus kerana perlu beri kepada pihak polis untuk diserahkan kepada Jabatan Kimia bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.

Dr Nurliza juga bersetuju dengan cadangan Geethan bahawa penelitian yang minimum ketika memeriksa karung guni itu menyebabkan kuku tangan dan kaki tidak dijumpai dan beliau juga tiada alasan kukuh untuk menjelaskan sebab kuku itu tidak dijumpai.

Menjawab kepada Geethan sama ada terdapat kebarangkalian kuku kaki tertinggal pada stokin si mati ketika membukanya, Dr Nurliza berkata kuku itu tidak kelihatan walaupun telah membuat pemeriksaan.

Geethan: Jadi ke mana perginya kuku itu?

Dr Nurliza: Saya tidak tahu.

Geethan: Ini adalah luar biasa. Setuju?

Dr Nurliza: Tidak setuju.

Dr Nurliza yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang forensik bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kuku masih ada dalam tempoh 14 hari selepas kematian seseorang bergantung kepada faktor persekitaran.

Beliau turut memaklumkan anggaran waktu kematian Kevin Morais juga tidak boleh diberikan hanya berdasarkan tahap pereputan mayat.

Mengenai keadaan lebih gelap yang dikesan pada bahagian muka Kevin Morais itu, sama ada sampai ke bahagian leher dan atas dada, Dr Nurliza berkata: “tidak kesemua bahagian leher dan tidak ketara di bahagian atas dada tetapi lebih ketara di bahagian muka”.

“‘Darker discolouration’ di bahagian muka kerana berlaku kongesi,” katanya.

Beliau turut tidak bersetuju dengan cadangan Geethan bahawa dalam proses pereputan bahagian muka akan selalu kelihatan lebih gelap.

Berikutan itu, Geethan mencadangkan terma “post morterm hypostasis”, yang bergerak mengikut graviti, bagi menjelaskan keadaan “darker discolouration” yang dikesan pada bahagian muka Kevin Morais.

Geethan: Dalam kes ini, sekiranya si mati dijumpai di dalam tong dram sejurus selepas kematiannya dengan posisi muka ke bawah, maka ‘hypostasis’ akan berada pada bahagian muka. Betul?

Dr Nurliza: Ya.

Geethan: Adakah ‘hypostasis’ menyebabkan ‘darker discolouration’?

Dr Nurliza: Kemungkinan itu ada.

Geethan: Jadi, apa yang terlihat pada jasad mayat (Kevin Morais), ‘darker discolouration’ pada muka adalah disebabkan ‘hypostasis’?

Dr Nurliza: Tidak setuju Yang Arif.

Geethan: Dapatan doktor bahawa berlakunya kongesi adalah tidak tepat kerana badan telah mereput?

Dr Nurliza: Tidak setuju Yang Arif.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Morais
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd