• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kevin Morais Kemungkinan Mati Akibat Kelemasan

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais berkemungkinan tinggi mati akibat kelemasan udara atau ‘probable asphyxiation’, Mahkamah Tinggi diberitahu.

Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Nurliza Abdullah, 51, berkata Kevin Morais telah melalui satu keadaan faktor luaran yang menyebabkannya tidak dapat bernafas dan mengalami kekurangan oksigen atau ketiadaan oksigen.

“Berdasarkan bedah siasat mayat, sebab kematian si mati adalah ‘probable asphyxiation’, oleh itu saya berpendapat kemungkinannya (kelemasan udara) adalah tinggi sebabkan kematian si mati,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan hari keempat kes pembunuhan Kevin Morais di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Ditanya mengapa beliau berpendapat sedemikian, saksi itu berkata jasad Kevin Morais telah menjalani proses pembusukan dan bukan dalam keadaan segar, yang boleh menampakkan kesan kelemasan udara.

Saksi ke-11 itu juga berpendapat kemungkinan tinggi Kevin Morais telah mati sebelum dimasukkkan ke dalam karung guni yang kemudiannya dimasukkan ke dalam tong dram.

“Ini berdasarkan tiada kesan-kesan menunjukkan beliau bergerak, kesan pergelutan atau kesan meronta pada anggota bahagian tangan dan kaki. Posisi si mati masih dalam keadaan tidak normal iaitu keadaan ‘fetal like position’ ( kedudukan seperti janin),” katanya.

Enam lelaki – G. Gunasekaran, 48, R. Dinishwaran, 24, A. K. Thinesh Kumar, 23, M. Vishwanath, 26, S. Nimalan, 23, dan S. Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No. 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Dr. R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa.

Dr. Nurliza berkata hasil bedah siasat juga menunjukkan tujuh kesan kecederaan pada si mati yang bersesuaian dengan kesan darah beku antaranya pada bahagian kiri atas bibir, bahagian kiri tulang selangka iaitu bahagian atas hadapan dada dan di punggung kiri.

“Hasil siasatan mendapati tiada kelihatan kesan-kesan kecederaan berbentuk ‘defensive wound’ (kecederaan akibat mempertahankan diri) pada bahagian tangannya,” katanya yang berpengalaman dalam bidang forensik selama 20 tahun.

Merujuk kepada laporan bedah siasat yang menyatakan muka Kevin Morais kelihatan lebih gelap, Dr. Nurliza berkata ‘sign of congestion’ (tanda kongesi) boleh kelihatan pada seluruh bahagian muka dan kepala Kevin Morais kerana bahagian tubuh badan lain tidaklah segelap bahagian kepalanya.

“Tanda kongesi adalah salah satu tanda pada seseorang itu mengalami asphyxia (kelemasan) akibat pengumpulan darah dalam salur darah yang mengakibatkan ketiadaan oksigen dan bahagian muka menjadi gelap atau biru kehitaman,” katanya.

Wan Shaharuddin: Adakah keadaan ini konsisten dengan keadaan mangsa yang diserkup dengan beg plastik?

Dr. Nurliza: Pada pendapat saya, dalam keadaan muka dan kepala diserkup dengan beg plastik, seseorang itu akan mengalami kesukaran bernafas kerana kemasukan oksigen terhalang terutamanya jika beg plastik itu diketatkan di bahagian leher.

Wan Shaharuddin: Adakah mangsa dijerut leher dengan tali pinggang?

Dr. Nurliza: Jika ada impak atau trauma yang kuat pada bahagian leher seperti dalam keadaan ‘jerutan secara manual’ iaitu menggunakan tangan biasanya akan terdapat kesan patah pada tulang kerongkong tetapi dalam kes ini tiada kesan kepatahan.

Dr. Nurliza turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau mengesahkan mayat Kevin Morais dalam laporan bedah siasat bertarikh 22 Okt 2015 selepas identiti mangsa disahkan konsisten dengan profil DNA adik beradiknya.

Beliau memberitahu mahkamah bedah siasat itu dijalankan bersama Dr. Ahmad Hafizam Hasmi selepas mereka menerima mayat daripada pihak polis pada 3.05 petang 16 Sept 2015.

Ditanya mengapa dua pakar forensik terlibat dalam bedah siasat itu, Dr. Nurliza menjawab mereka difahamkan oleh polis bahawa kes itu melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan dan telah menarik perhatian umum.

Mengenai keadaan mayat Kevin Morais ketika dikeluarkan dari karung guni, beliau berkata tahu jasad mangsa berpakaian lengkap tanpa kasut dalam keadaan mereput.

“Posisi mayat adalah seperti ‘fetal like position’ yang mana bahagian sendi lutut membengkok dan sendi pinggul juga membengkok. Bahagian ‘upper limbs’ diikat dengan satu tali leher dengan ikatan longgar dan diletakkan pada bahagian belakang tubuh si mati.

“Jasad mayat adalah dalam keadaan pereputan sederhana dengan permukaan kulit yang telah mengelupas akibat pembusukan,” katanya.

Perbicaraan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Puas Hati Penambahbaikan Di Asrama Darul Falah

Next Post

Perkasa Buat Laporan Polis Terhadap Ramasamy

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

Next Post

Perkasa Buat Laporan Polis Terhadap Ramasamy

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd