Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Pindah Kedutaan Ke Baitulmuqaddis...

SINGAPURA – Malaysia pada Khamis menyifatkan langkah Australia hendak memindahkan kedutaannya dari Tel...

Isu Hakisan Pantai Bagan...

BAGAN DATUK - Masalah hakisan pantai berhampiran muara Bagan Sungai Tiang dan sekitarnya...

Gagal Curi Wang Surau,...

JOHOR BAHRU - Sebuah buku agama dibakar dipercayai oleh penjenayah yang berang kerana...

Imigresen Kedah Tahan 19...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)...

Kes Pengawal Keselamatan Mogok Selesai

ALOR SETAR – Kes pengawal keselamatan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini yang mengadakan mogok kerana tidak dibayar gaji pada Khamis lalu telah selesai, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah (JPN) Datuk Azuyah Hassan.

Azuyah berkata kes itu selesai selepas pihak syarikat yang terbabit telah membuat pembayaran gaji secara tunai kepada pengawal-pengawal keselamatan di sekolah terbabit.

“Selepas dimaklumkan mengenai kes yang berlaku kira-kira 6.15 pagi itu, pihak JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar telah ke sekolah untuk mengetahui masalah yang berlaku.

“Keesokannya satu perbincangan telah diadakan di antara JPN, PPD Kota Setar dan pihak sekolah.

Pak Guard Mogok, Kunci Sekolah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar

“Sepatutnya tidak timbul isu masalah kewangan oleh syarikat yang bertanggungjawab untuk membuat pembayaran gaji kerana syarikat berkenaan menggunakan khidmat syarikat pemfaktoran.


“JPN telah membuat pembayaran terus kepada syarikat pemfaktoran tersebut dan syarikat tersebut akan membuat pembayaran kepada syarikat keselamatan terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, murid-murid sekolah terbabit tidak dapat memasuki kawasan sekolah kerana pintu pagar sekolah berkunci selepas pengawal keselamatan yang bertugas mengadakan mogok kerana didakwa tidak dibayar gaji. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mogok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori