• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerusi PRN Sarawak: PKR Jawab Pembohongan DAP!

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan kelicikan pemimpin DAP memperdaya parti itu untuk bertanding di kerusi PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ahli Biro Politik PKR, Dr. Mansor Othman berkata, PKR perlu menjelaskan perkara tersebut untuk memastikan kesemua rakan politik Pakatan Harapan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

“Kita mesti perjelas apa yang sebenarnya telah berlaku,” katanya.

Berikut penjelasan panjang lebar beliau bahawa DAP punca berlaku pertindihan calon di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dalam PRN kali ini:

1. Isu nota yang ‘ditandatangani’:

Selepas pertemuan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 7 April untuk membincangkan isu kerusi, beliau mencadangkan kepada Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar agar sehelai nota yang ditulis tangan mengandungi senarai kerusi ditandatangani, tetapi Azmin dan Nurul Izzah tidak bersetuju dengan perkara ini. Guan Eng terus memujuk mereka untuk berbuat demikian, dan akhirnya hanya Azmin yang bersetuju untuk menandatangani – yakni ‘secara prinsip bersetuju’ – dengan pemahaman bahawa keputusan ini belum lagi muktamad.

Persefahaman di antara Guan Eng, Azmin dan Nurul Izzah mengenai mesyuarat itu ialah ianya bukanlah mesyuarat muktamad kerana perbincangan akan diteruskan walaupun nota tersebut telah ditandatangani, walaupun sekiranya perbincangan berterusan sehingga sebelum hari penamaan calon jika perlu.

2. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan:

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah diadakan pada 11 April. Sebelum mesyuarat tersebut, PKR dan DAP masih gagal mencapai kata putus berkenaan lima kerusi, tetapi bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di dalam rundingan pusingan berikutnya dan berusaha ke arah pertandingan satu-lawan-satu dengan BN.

Maka, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan bahawa PKR dan DAP telah bersetuju dengan prinsip pertandingan satu-lawan-satu. Apabila wakil Parti Amanah Negara (PAN) bertanya tentang kerusi-kerusi yang dipersetujui, Guan Eng berkata perkara itu tidak perlu dibentang kerana pihak PKR dan DAP akan menyelesaikan isu tersebut secara terus.

Dengan itu DAP memberi isyarat kesediaan untuk meneruskan perbincangan. PKR dan DAP sepatutnya meneruskan rundingan walaupun selepas 11 April. Perkara 5.5 Persetujuan Pakatan Harapan amatlah jelas, bahawa:

“Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden.”

3. Mandat watikah calon-calon:

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberikan mandat bertulis kepada Azmin pada 22 April untuk menghormati autonomi negeri dan memberi mandat kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menyelesaikan kesemua perkara, i.e. rundingan kerusi dan keputusan mengenai calon.

Baru Bian pada 22 April telah mengumumkan hanya 35 kerusi dan bukannya 42 kerana 5 kerusi masih lagi dalam proses rundingan bersama DAP dan 2 lagi masih belum ditentukan calonnya. Ini menunjukkan PKR masih berharap DAP akan meneruskan rundingan untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.

4. Keputusan mengenai pertandingan tiga penjuru:

Mesyuarat Biro Politik PKR yang lalu telah meletakkan keutamaan kepada proses rundingan kerusi, tetapi parti bersedia untuk pertandingan tiga penjuru sekiranya proses rundingan tersebut gagal.

Azmin terus menghubungi Guan Eng dan mencadangkan penyelesaian pertindihan lima kerusi dengan tiga diserah kepada PKR manakala dua lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru. Akan tetapi Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BNDAPPASpilihan raya negeriPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd