• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sabah Terus Laksana Semua Projek Yang Diumumkan Kerajaan Persekutuan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah akan terus melaksanakan semua projek yang telah diumumkan dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dengan fokus pembangunan kepada projek yang berimpak tinggi dan memberi kepentingan kepada rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berikutan ketidakseimbangan ekonomi global, tidak menjejaskan ekonomi serta kebajikan rakyat di negeri ini.

“Tidak ada projek yang dibatalkan atau dikurangkan kos dan skopnya, malah program dan projek pembangunan dilaksanakan seperti biasa.

Pengubahsuaian hanya dibuat dari segi komitmen aliran tunai dan perbelanjaan berdasarkan kemampuan kementerian serta agensi pelaksana. Oleh itu kepentingan serta kesejahteraan rakyat akan terus didahulukan dan penyampaian perkhidmatan kerjaan tidak akan terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau) mengenai kesan pengubahsuaian Bajet 2016 terhadap projek dan kewangan kerajaan negeri, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, Khamis.

Musa berkata program pembasmian kemiskinan, pembangunan luar bandar, program infrastruktur dan kemudahan awam, program khas anak negeri Sabah dan program pengangkutan awam serta keselamatan akan terus menjadi keutamaan.

“Selain itu, projek utama yang diumumkan perdana menteri seperti Projek Lebuhraya Pan-Borneo, Projek Bus Rapid Transit Kota Kinabalu dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau dan Keningau akan terus dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata pengubahsuaian dan penstrukturan bajet berkenaan kekal teguh berpaksikan kepada dua tunjang, iaitu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh di atas landasan yang betul dan menjaga serta memelihara kebajikan rakyat. – BERNAMA

Tags: KerajaanMusa Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd