• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Perak Kesal Insiden Ceroboh Kuil

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak kesal dengan kejadian menceroboh dan memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital di sini, Ahad lepas.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kejadian itu tidak harus dibiarkan berlaku kerana ia boleh menimbulkan masalah termasuk dari segu hubungan agama dan kaum.

“Kerajaan negeri tidak akan melindungi mana-mana pihak yang sengaja bertindak mencetuskan huru-hara dengan perbuatan sebegini. Kita juga tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang mengambil kesempatan dengan insiden ini untuk mencetuskan perbalahan dan pergaduhan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian kesepakatan akademik antara Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan London School of Business and Management dengan kerjasama Universiti Northampton di sini, hari ini.

Ia ditandatangani oleh Rektor KUISAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi dan Pengarah London School of Business and Management, Robert Hartley.

Zambry turut meminta semua pihak supaya bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Kita perlu bekerjasama supaya perkara sebegini tidak dimainkan berikutan ia merupakan satu isu yang sensitif berkaitan agama. Perbuatan mengganggu gugat tempat beribadat sesuatu agama tentunya akan menimbulkan bahang ketegangan sekiranya tidak dikendali dengan sebaik-baiknya,” kata beliau.

Pada Ahad lepas, seorang suspek lelaki berumur 29 tahun telah masuk ke kawasan kuil berkenaan dengan sebuah kereta sebelum memecahkan patung di rumah ibadat itu kira-kira 5.10 petang. – BERNAMA

Tags: kuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

‘Mengapa Pihak Berkuasa Tidak Sediakan Tapak Alternatif Untuk kuil Tersebut?’ – Ramasamy

‘Mengapa Pihak Berkuasa Tidak Sediakan Tapak Alternatif Untuk kuil Tersebut?’ – Ramasamy

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mendakwa kerajaan Perlis pimpinan Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd