• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Hulur RM30,000 Baik Pulih Kerosakan Kuil

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan menyalurkan dana sebanyak RM30,000 kepada kuil Sree Muneeswarar Amman Kovil di Jalan Hospital di sini bagi membaik pulih kerosakan yang berlaku petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata peruntukan itu juga untuk upacara keagamaan.

Beliau turut meminta orang ramai supaya bertenang dan membenarkan polis melakukan siasatan lengkap agar keharmonian semua kaum dapat dikekalkan.

“Kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya perbuatan ini, dan pihak polis juga telah melakukan siasatan terhadap kes ini. Penting untuk kita memelihara keamanan dan keharmonian negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kuil berkenaan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang semalam, seorang suspek lelaki berumur 29 tahun telah masuk ke kawasan kuil itu dengan sebuah kereta sebelum memecahkan patung di rumah ibadat itu.

Selepas merosakkan patung berkenaan, suspek melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus dan terbabas lalu melanggar sebuah perhentian bas sebelum ditahan polis.

Dr Mah dalam pada itu turut menafikan dakwaan yang mengatakan suspek adalah kakitangan Kementerian Kesihatan.

“Suspek telah meletak jawatan pada 22 haribulan lalu dengan notis 24 jam dan hanya bekerja selama lima hari … beliau telah menolak tawaran tersebut dan beliau bukanlah anggota Kementerian Kesihatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantu Kuil Hindu Atas Ajaran Islam – Ahli Parlimen PH Syerleena Sedih Dikecam Netizen

Bantu Kuil Hindu Atas Ajaran Islam – Ahli Parlimen PH Syerleena Sedih Dikecam Netizen

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mengakui berasa sedih dan tertekan ekoran kecaman...

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

08/06/2026
0

KULAI - Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd