Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Video: Ini Cara Betul...

JENAMA automotif terkenal seperti Porshe, BMW, Audi, Honda dan Mercedes Benz mungkin sudah menjadi kebiasaan...

Hannah Menerima Pelbagai Mesej...

HANNAH Delisha nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Aktres cantik ini...

Melonjak 39 Kes Baharu...

PUTRAJAYA - Kes baharu positif koronavirus (Covid-19) hari ini melonjak kepada 39 kes...

Mayat Dibungkus Selimut Bercorak...

PENEMUAN mayat warga asing yang ditemui di celah-celah semak boleh dikatakan acapkali didengari.Persoalannya...

Keperluan Kaum Cina Terus Diberi Perhatian – Ahmad Zahid

MIRI – Keperluan kaum Cina terus mendapat perhatian kerajaan apabila peruntukan RM500,000 disediakan bagi menaik taraf dua buah sekolah di sini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan itu akan disalurkan untuk menaik taraf kemudahan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Min dan Sekolah Kebangsaan Pujut Corner demi keselesaan pelajar.

Berucap di majlis ‘Jom Berambeh’ bersama penduduk di Pasar Malam Saberkas di sini, malam tadi, beliau berkata sejumlah peruntukan juga akan disediakan untuk menaik taraf bumbung pasar malam itu.

“Kami mahu penjaja-penjaja cari rezeki dengan selesa dan majukan sekolah-sekolah untuk keselesaan murid-murid,” katanya.

Turut hadir, calon BN bagi kerusi Pujut Datuk Hii King Chiong, calon BN Senadin Datuk Lee Kim Shin dan calon BN Piasau Datuk Sebastian Ting serta Presiden Persatuan Penjaja Pasar Malam Saberkas, Abdul Rahman Jawawi.


Ahmad Zahid berkata cadangan peruntukan yang diminta oleh Hii jelas menunjukkan beliau prihatin terhadap keperluan rakyat.

“Kita mahukan wakil rakyat BN yang dipilih cari peruntukan untuk rakyat, wakil rakyat juga harus dipilih untuk tolong rakyat keseluruhannya,” kata beliau.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengajak pengundi Cina untuk menyokong BN supaya wakil kaum itu dapat berada dalam Kabinet negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori