Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kejutan Red Star Buat...

BELGRADE - Liverpool mungkin tersingkir daripada perebutan kejuaraan Liga Juara-juara apabila dikejutkan oleh...

Gaya Hidup Serba Sederhana...

JAKARTA - Gaya hidup pemimpin Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memang menarik. Bukan sahaja cara...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Bukan Jawatan Yang Difikirkan...

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

Kaki Pemain Golf Negara, Shaaban Terpaksa Dipotong

PEMAIN golf negara, Shaaban Hussin yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Guthrie, Kuala Lumpur pada Khamis lalu terpaksa dipotong kaki kirinya.

Perkara sedih itu disahkan oleh abang pemain tersebut, Mohd. Shawal.

Mohd Shawal 38, abang kepada pemain golf negara, Shaaban Hussin.
Mohd Shawal 38, abang kepada pemain golf negara, Shaaban Hussin.

“Apa yang saya saksikan sendiri, kaki kiri Shaaban sudah dipotong. Saya difahamkan bahagian bawah sudah tidak dapat lagi diselamatkan kerana terdapat urat saraf yang putus.

“Ketika saya bertemu dengannya, dia hanya mampu berkomunikasi dengan memberi isyarat. Sekarang ini kami masih menanti perkembangan terbaharu daripada doktor untuk rawatan susulan,” katanya kepada Berita Harian.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Shaaban, 36, terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan dari Ijok ke Damansara untuk menjalani latihan.


2-Awal-Ashaari-Rasa-Bersalah-Anak-Tercalon-ABPBH-29-jpeg-700x449

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya itu terbabas ketika Shaaban cuba elak sebuah kereta sehingga menyebabkan dia terseret di lebuh raya sebelum tercampak ke longkang.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL). – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • golf

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori