• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Terkejut, Abu Kedah Terbunuh Di Syria

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Keluarga Abd Ghani Yaacob, 31, anggota kumpulan militan Daesh yang dilapor terbunuh dalam pertempuran di wilayah Al Khir, Syria pada 17 April lepas terkejut dengan kematiannya.

Abangnya yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 33, berkata beliau terkejut apabila pihak polis datang berjumpanya tengah hari semalam untuk memaklumkan perkara tersebut.

Beliau berkata perkara itu sukar dipercayai kerana adiknya tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai kumpulan militan di Syria.

“Pada mulanya saya tak percaya, tapi selepas lihat gambarnya baru saya percaya. Semua ahli keluarga kami dah tahu mengenai kejadian itu kecuali ibu kami,” katanya kepada pemberita di Kampung Padang Pusing di sini.

Katanya kali terakhir beliau berjumpa adiknya pada Disember tahun lepas dan mendapati Abd Ghani turut mengalami beberapa perubahan seperti sering solat berjemaah di surau dan masjid.

Mat berkata adik kelimanya dari 11 beradik itu tidak banyak berkongsi cerita mengenai hidupnya sebelum pulang semula ke Selangor untuk berkerja awal Januari lepas.

“Kalau dia balik ke sini dengan bas, dia akan pinjam motosikal untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Dia tidak banyak bersembang dengan ahli keluarga lain,” katanya.

Abd Ghani yang menggunakan nama Abu Bashir Al Malazy atau Abu Kedah dalam kumpulan militan itu terbunuh akibat terkena tembakan di dada dalam pertempuran dengan tentera Bashar Assad.

Ini menjadikan 19 rakyat negara ini yang menyertai kumpulan militan Daesh terbunuh di Syria, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam satu kenyataan beliau berkata Abd Ghani mempunyai jaringan dengan beberapa anggota militan Daesh dari Kedah seperti Ismail Ishak yang dilaporkan terbunuh pada September tahun lalu.

Berdasarkan maklumat, Abd Ghani dikatakan tertarik dengan pergolakan di Syria menerusi Facebook dan tertarik dengan fahaman Salafi Jihadi oleh kumpulan militan ber-kenaan pada Mei 2013.

Abd Ghani dikatakan telah menceraikan isterinya, lima hari sebelum beliau pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan militan tersebut. – BERNAMA

Tags: Militanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd