• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Kesihatan MB Kelantan Sangat Baik Hari Ini – S/usaha Akhbar

oleh Ahmad Albab
15/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sangat baik hari ini selepas menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kepalanya, semalam.

Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Mat Daud berkata Ahmad masih menerima rawatan susulan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

“Beliau sempat berpesan kepada saya tadi agar seluruh rakyat negeri Kelantan dapat menjaga kesihatan khasnya pada cuaca yang semakin panas ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Asri berkata Ahmad turut mengharapkan agar solat sunat Istisqa’ yang bakal diadakan di Padang Hoki bersebelahan Padang Perdana di sini pada 22 April ini dapat dihadiri oleh semua rakyat bagi memohon kepada Allah agar diturunkan kerahmatanNya secara berpanjangan.

“Walaupun menteri besar masih lagi berada di wad HUSM untuk rawatan susulan, namun beliau tetap mengambil tahu situasi rakyat dan turut menyampaikan salam kepada semua,” katanya.

Buat masa ini, pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengharapkan agar tiada sebarang ziarah dibuat bagi memberi kerehatan sepenuhnya kepada Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Ahmad dimasukkan ke HUSM pada Rabu lepas setelah rasa sakit di bahagian kepala sejak seminggu lalu dan pihak hospital memaklumkan terdapat darah beku di kepalanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Yakobpembedahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

13/03/2023
0

SINGAPURA - Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam Ahad selamat menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd